Assalamualaikum, sudah lama rasanya diri ini tidak update blogni.., Alhamdulillah..pada kali ini, Allah beri kesempatan pada ana untuk menulis lagi, "ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR!"jeritan hatiku ini.., Semangat jihad dan syahid dalam diri ini semakin membuak-buak. Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Allah...betapa syukurnya ana, Allah berikan ayahku kesempatan untuk menjejaki Tanah Gaza pada akhirnya.., Alhamdulillah..,
Ini video mereka sebelum berlepashttp://www.haluan.org.my/v5/index.php/palestin/aktiviti-haluan-palestin/1583-pasukan-haluan-berlepas-ke-gaza
dan ini pula gambar ayahku bersama Sheikh Ismail Haneyah. ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Alhamdulillah.., alhamdulillah, alhamdulillah, ketika kami mengetahui akan pemergian ayahku ke Gaza, hatiku ini, perasaanku bercampur baur, syukur, seronok, insaf, dan yang paling ketara dalam perasaanku ini ialah takut...takut akan ketidak ikhlasan dalam hati kami semua. Sebelum ayahku berlepas ke Mesir, kami sekeluarga sempat berkumpul dan ayahku memberi wasiat pada kami.., antaranya ialah"Sesungguhnya tujuan kita hidup ini hanyalah untuk be'ubudiyyah pdNya, bukan untuk yang lain..," Beliau berkata lagi, sentiasalah taat pada Allah, Rasul dan wali anak-anak.., jagalah hati kerana hati ini sangat-sangat penting,semua amalan bergantung pada hati, dan tujuan kita hidup ini adalah untuk mempersiapkan jiwa(hati) untuk bertemu Allah di akhirat nanti, kalau di dunia..,persiapkan hati adalah untuk menuju kematian yang soleh(syahid fi sabilillah)." ...
Ini video mereka sebelum berlepashttp://www.haluan.org.my/v5/index.php/palestin/aktiviti-haluan-palestin/1583-pasukan-haluan-berlepas-ke-gaza
dan ini pula gambar ayahku bersama Sheikh Ismail Haneyah. ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Alhamdulillah.., alhamdulillah, alhamdulillah, ketika kami mengetahui akan pemergian ayahku ke Gaza, hatiku ini, perasaanku bercampur baur, syukur, seronok, insaf, dan yang paling ketara dalam perasaanku ini ialah takut...takut akan ketidak ikhlasan dalam hati kami semua. Sebelum ayahku berlepas ke Mesir, kami sekeluarga sempat berkumpul dan ayahku memberi wasiat pada kami.., antaranya ialah"Sesungguhnya tujuan kita hidup ini hanyalah untuk be'ubudiyyah pdNya, bukan untuk yang lain..," Beliau berkata lagi, sentiasalah taat pada Allah, Rasul dan wali anak-anak.., jagalah hati kerana hati ini sangat-sangat penting,semua amalan bergantung pada hati, dan tujuan kita hidup ini adalah untuk mempersiapkan jiwa(hati) untuk bertemu Allah di akhirat nanti, kalau di dunia..,persiapkan hati adalah untuk menuju kematian yang soleh(syahid fi sabilillah)." ...
Insya Allah sampai sini saja ana boleh kongsikan kisah kami, Hmm.., Ana nak kongsikan pada semua tentang perasaan saudara kita di Gaza pula. Insya Allah, ini ialah surat daripada beliau...,surat beliau ini bertajuk "Aku Adalah Anak Palestin". Ana harap semua dapat membacanya dengan penuh tarbawi pada qolb masing-masing. Wallahu'a'lam.
Assalamu’alaikum,
Namaku Fathi, dan aku adalah anak Palestin. Aku berumur 20
tahun. Sepanjang itu jugalah aku membesar di tanah berdarah ini, dan menjadi
saksi kepada segala apa yang berlaku. Peperangan, pembunuhan, kematian,
pengeboman, dan pelbagai lagi perkara seakan sudah menjadi panorama biasa
untukku. Kamu tahu, hatta dentuman bom dan muntahan peluru seakan-akan menjadi
dodoian tidur untukku. Tetapi jangan kata aku bahagia, hakikatnya hatiku sering
tercalar dengannya.
Aku membesar tanpa keluarga. Ayah
dan ibuku telah terkorban apabila Israel merampas rumah kami. Masih
jelas pada tubir mataku, bagaimana ayahku ditembak dengan kejam, dan ibuku
dirogol tanpa belas kasihan, bahkan, mereka dengan buas telah mengoyakkan perut
ibuku yang ketika itu sedang mengandung, mengeluarkan adikku yang ada di dalam
rahim, lalu menembak adikku yang tak berdosa itu berkali-kali. Mujur sahaja
pejuang Hamas tiba ketika itu, jika tidak, pasti aku tidak akan ada di sini,
bercerita kepada kamu.
Aku masih ingat lagi yang ketika itu aku berumur 6 tahun.
Pejuang Hamas yang menyelamatkan aku bernama Yahya. Sesuai dengan namanya,
ALLAH telah mengizinkannya memberikan kehidupan baru kepadaku. Dia telah
menjagaku,dan membesarkanku serta memberikan pendidikan kepadaku. Aku
memanggilnya ‘bapa’. Bagi aku yang melihat sendiri bagaimana Israel menamatkan riwayat seluruh
ahli keluargaku, kasih sayang bapa membuatkan aku amat mengasihinya. Dia
seakan-akan memberikanku cahaya..
Namun bahagia tidak panjang. Kehangatan kasih sayang bapa
terhenti apabila Israel
melanggar gencatan senjata yang entah buat kali ke berapa. Bapa telah mati
dalam satu pertempuran apabila Israel
cuba
menceroboh. Ketika itu aku sudah sedikit besar, umurku sudah 20 tahun.
Memandangkan pada waktu itu juga madrasah tempat aku menuntut ilmu telah
dirobohkan oleh Israel ,
maka aku mengangkat senjata dan berjuang bersama-sama pasukan Izzuddin
Al-Qassam, yang merupakan sayap kanan Hamas.
Perjuangan semakin sukar, kerana Israel telah berjaya
membuatkan seluruh negara ISLAM yang lain berdiam diri dengan keadaan kami.
Belasan tahun berlalu, peperangan terus berlaku, dan darah terus tertumpah.
Nyawa saban hari melayang. Suasana sudah ada perubahan. Dari teruk menjadi
semakin teruk. Hari ini, sekali lagi Israel laknatullah telah melanggar
perjanjian gencatan senjata. Malah, mereka telah berjanji untuk menyapu bersih
segala penentang dalam serangan kali ini. Gaza
telah menjadi tumpuan serangan.
Israel tidak lagi menghiraukan pandangan dunia..
Mereka sebenarnya langsung tidak takut dengan sebarang ancaman atau teguran
yang dikeluarkan oleh negara-negara lain.
Hal ini kerana, mereka tahu bahawa negara-negara lain
tidak mampu berbuat apa-apa melainkan bersuara sahaja. Amerika telah
menjadi boneka Israel ,
dengan mempertahankannya. Malah Amerika sendiri telah menghantar bantuan
ketenteraan untuk Israel .
Serangan kali ini adalah serangan yang terdasyat. Israel telah menghantar 200 jet pejuang ke ruang
udara Gaza , dan
melepaskan bom serta torpedo secara rambang ke arah bandar. Angka kematian
mencecah 3000 orang. Yang terkorban dalam serangan buas ini bukan sahaja para
pejuang, malah termasuk sekali anak-anak kecil, perempuan dan orang-orang tua
yang tak berdaya. Bangunan-bangunan banyak yang hancur dan roboh.
Dalam kemusnahan dasyat disebabkan tangan Israel laknatullah ini, kami mendapat berita
bahawa ada kerajaan dunia menegur tindakan zalim Israel . Namun, teguran itu membuatkan
telingaku tambah berasap. Kamu tahu apa tegurannya?
“Harap Israel boleh cuba mengelakkan serangan mereka dari rakyat biasa.”
“Harap Israel boleh cuba mengelakkan serangan mereka dari rakyat biasa.”
Pada aku yang berada di tengah-tengah Gaza ini, itu adalah teguran terbodoh.
Mana mungkin hendak mengelak dari rakyat biasa? Adakah mereka mempunyai peluru
berpandu yang boleh mengesan sama ada manusia itu askar atau tidak? Tahukah
mereka bahawa Gaza
ini penuh dengan rakyat yang tak berdosa? Malah torpedo dan bom yang dilepaskan
oleh Israel
mempunyai lilitan letupan yang besar. Mustahil tidak mencederakan rakyat biasa.
Lihatlah apa yang terjadi di sini, kalau Israel boleh mengelak rakyat biasa,
pasti tidak akan ada mayat-mayat anak kecil, perempuan lemah dan orang tua di
sana-sini.
Kini, jet pejuang Israel telah mengosongkan ruang
udara Palestin. Adakah mereka hendak berhenti? Tidak. Mengikut maklumat
yang telah kami terima, mereka sudah bersedia di luar Gaza dengan 100 buah kereta kebal. Mereka
hendak melunaskan kerja-kerja yang tidak mampu dilakukan oleh jet pejuang.
Aku di balik dinding ini, bersama-sama beberapa orang
sahabatku, sedang menanti kehadiran mereka dengan hanya berbekalkan AK-47,
senjata yang boleh dikatakan kuno jika hendak dibandingkan dengan senjata Israel .
Hamas telah menetapkan untuk bertempur hingga ke hujung nyawa. Maka beberapa
kumpulan telah diarahkan untuk mensabotaj kereta kebal-kereta kebal yang
memasuki Gaza .
Kalau boleh, kami diarahkan untuk merampas kereta kebal.
Sebahagian anak-anak kecil sudah mengutip batu-batu. Aku
terasa seperti hendak menangis. Kasihan. Teringat ketika aku berusia 6 tahun
dahulu. Saat ayah dan ibuku mati dalam keadaan yang azab. Mereka juga
sepertiku. Cuma bezanya, mereka mungkin tidak sempat membesar.. Ini mungkin
peperangan terakhir bagi kami. Dengan bilangan kami yang tinggal hanya
sekitar 100 orang, agak mustahil untuk menang.
Aku bukan tidak yakin atas bantuan ALLAH. ALLAH ada
berfirman, “Berapa banyak sudah pasukan yang kecil menewaskan pasukan yang
besar dengan izin ALLAH.”
Tetapi aku rasa, apa yang berlaku
pada saat ini adalah teguran ALLAH kepada ummat ISLAM seluruhnya. Yang aku
tahu, ummat ISLAM pada hari ini sering bertelagah. Malah ramai dari kalangan mereka
yang tidak ambil kisah dengan saudara mereka. Mereka hidup dalam suasana
ananiah yang menebal. Hati mereka telah menjadi keras seperti batu untuk
merasakan penderitaan saduara-saudara mereka. Kalau di sini, mudah untuk
dilihat bagaimana Fatah mengkhianati Hamas dalam kesatuan mereka untuk menjaga
Palestin.
Tidak sangka bahawa mereka itu pengecut yang tidak berguna.
Menikam kami dari belakang, bahkan tidak menghiraukan langsung keadaan rakyat.
Yang mereka tahu hanyalah kuasa. Mereka itu adalah boneka Israel .
Aku juga mendengar bahawa,negara- negara ISLAM di luar sana
sudah tidak mengamalkan ISLAM di negara masing-masing. Pemimpin-pemimpin mereka
leka dengan kesenangan yang ada. Semuanya tunduk dan sujud menyembah Amerika
dan segala kuncu-kuncunya.
Aku tahu, ini bukan salah mereka. Mereka sebenarnya telah
disuntik dengan jarum beracun pada akhir era Khilafah Uthmaniyyah lagi.
Ummat ISLAM melemah, melemah, dan terus melemah sehinggalah jika ada saudara
mereka yang dibunuh, dicincang, diinjak, terkorban, hati mereka langsung tidak
merasa.
Namun semangat juang para muslimin masih meninggi. Apabila Israel
memasuki Palestin pada tahun 1948, masih ada sebahagian muslimin yang merentasi
sempadan dan membantu orang-orang di sini.
Malah, aku masih ingat lagi orang-orang tua bercerita
mengenai perang antara Negara-negara Arab dan Israel . Orang-orang tua berkata,
andai ketika itu tiada perjanjian damai, maka penderitaan hari ini tidak akan
terjadi. Namun apa yang berlaku ketika itu adalah, para mujahidin yang
ikhlas telah ditangkap oleh negara-negara arab sendiri, dan mereka telah
menandatangani satu perjanjian dengan Israel . Semenjak hari itu, apa
sahaja yang dilakukan oleh Israel
di sini, hanya akan ditegur dengan suara sahaja oleh negara-negara arab di
sekeliling Palestin, dan negara-negara ISLAM di seluruh dunia.
Apa yang berlaku kepada kami di sini tidak lebih dari
teguran ALLAH kepada ummat ISLAM. ALLAH hendak menunjukkan betapa lemahnya
ummat yang pada satu masa dahulu pernah menguasai 2/3 dunia. ALLAH
hendak menunjukkan, betapa ummat ini telah meninggalkan ajaranNya dan melupakan
deenNya.
Aku pernah mendengar peristiwa tsunami yang melanggar
tenggara asia pada lima
tahun lepas. Sehingga ada yang menyatakan bahawa itu kiamat kecil. Ketika itu,
ramai yang menyatakan bahawa ALLAH telah marah, lalu menegur manusia dengan
bala bencana. Aku hanya mampu tersengih. Kamu tahu, di sini kiamat kecil
berlaku hari-hari. Tempat ini saban hari bergegar dengan dentuman bom dan
bingit dengan muntahan peluru. Tetapi tiada manusia pun yang menyatakan
bahawa apa yang terjadi pada kami ini adalah teguran ALLAH kepada mereka.
Mungkin manusia tidak tahu yang ALLAH ada berfirman, “Telah
nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan perbuatan tangan-tangan
manusia. ALLAH mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat
perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”
Oleh kerana ketidak pedulian orang-orang ISLAM di luar sana , kami pasukan HAMAS
telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan bumi suci ini. Kami
menentang segala keganasan yang berlaku di sini dengan tulang empat kerat kami,
dengan segala kudrat kami. Tetapi yang aku amat terasa hati adalah apabila,
tindakan kami untuk mempertahankan tanah kami dikatakan sebagai satu tindakan
keganasan.
Aku hairan dan pelik dengan orang-orang ISLAM di luar sana . Kamu tidak punya
akalkah? Kenapa kami digelar sebagai pengganas? Sedangkan rumah-rumah kami
dirobohkan, sedangkan isteri-isteri kami dirogol dan dibunuh tanpa belas
kasihan, sedangkan anak-anak kami ditembak, sedangkan ayah dan ibu kami
terkorban, semuanya dek kerana penjajahan Israel atas tanah kami.
Aku hairan, setahu aku, semua negara ISLAM dahulu menentang
penjajahan di bumi mereka. Mereka menyah penjajah dan membenci penjajah. Tetapi
apabila tanah kami dijajah, mereka menyelar kami sebagai pengganas, mereka
menyatakan kami tidak reti bertolak ansur. Aku hairan. Kenapa kamu bersikap
begitu? Tahukah kamu bahawa Rasulullah SAW ada bersabda, “Barangsiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah
urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka.”
Kemudian kamu menyatakan bahawa jihad itu adalah jalan
keganasan. Kamu pesongkan jihad kepada jihad-jihad yang kamu ada-adakan. Jihad
masyarakat la, jihad menentang pencemaran la, jihad menentang kemiskinan la dan
pelbagai lagi jihad yang kamu reka, yang tidak utama, berbanding jihad kami
yang sedang mempertahankan deen ISLAM ini. Sedangkan ALLAH telah mengizinkan
kami untuk memerangi mereka yang menzalimi kami,“Telah diizinkan untuk kamu
memerangi mereka yang menzalimi kamu.....”
Kamu tahu, hal Palestin, bukanlah hal kecil. Ini juga
bukanlah hal pembebasan sebuah tanah. Hal Palestin adalah hal deen ISLAM itu
sendiri. Yahudi bukan hendak merampas tanah semata-mata, bahkan mereka hendak
melenyapkan ISLAM dari muka bumi kita. Mempertahankan Palestin hari ini,
adalah mempertahankan ISLAM itu sendiri. Kami sanggup berkorban, kerana
kami sedang mempertahankan ISLAM. Kami bukan nasionalis, kami adalah HAMBA
ALLAH. ALLAH hanya redha pada ISLAM, bukan pada negara-negara yang kita
duduki. ALLAH telah berfirman, “Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu deen
kamu(ISLAM), dan aku sempurnakan untu kamu nikmatKu (ISLAM,) dan aku redha
ISLAM itu menjadi deen kamu.”
“Maha Suci kepada yang mengisra’kan hambaNya pada waktu
malam dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa yang diberkati sekelilingnya dan
ditumpahkan cahaya kepadanya dari ayat-ayat KAMI.”
Hati kalian telah dibius sebenarnya. Kalian hanya mampu
bersuara tetapi tidak mampu bergerak. Tidak cukup dengan itu, kalian
menggelar kami yang berjuang ini sebagai pengganas. Kamu tahukah apa makna
semua ini? Ini menunjukkan ISLAM itu telah pudar dari penghayatan kalian.
Kalian tidak bergerak membantu kami adalah tanda lemahnya hubungan kalian
dengan ALLAH. Kalian lebih takut segala halangan yang direka oleh
musuh-musuh ALLAH dari ALLAH itu sendiri. Adakah kalian lupa sabda Rasulullah
SAW? “Muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, jangan kamu
menzaliminya, mengkhianatinya atau menyerahkannya kepada mereka yang hendak
menzaliminya.”
Bukankah ALLAH juga ada berfirman, “Wahai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu mengkhianati ALLAH dan RasulNya, dan janganlah sesekali
kalian mengkhianati amanah kalian sedangkan kalian mengetahuinya.”
Tapi apakah pengkhianatan yang berlaku hari ini? Apakah yang
kalian hendak katakan kepada ALLAH pada hari kelak? Adakah kalian sangka, Israel itu
akan berhenti selepas menawan Palestin ini? Ketahuilah yang mereka itu akan
bergerak menawan seluruh negara ISLAM yang lain. Mungkin aku telah tiada
ketika itu. Tetapi aku tahu apa yang akan berlaku. Kamu tahu apa yang akan
berlaku? Apa yang akan berlaku adalah apa yang telah berlaku kepada kami.
Ketika itu baru kamu rasa, apa yang kami rasa hari ini. ALLAH telah berpesan, “Tidak
akan sesekali redha yahudi dan tidak pula nasara sehingga kamu mengikuti jalan
mereka.”
Tidak cukupkah penderitaan kami? Sehingga bila kamu semua
hendak tidur memekakkan diri? Hari kamu akan tiba nanti andai kamu tidak
bergerak lagi. Ketika itu baru kamu merasai apakah seronok digelar pengganas di
bumi sendiri.
Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku
yakin yang dia akan menjerit memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki,
membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestin ini menderita. Kamu tahu,kalaulah
dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuara, pasti mereka
akan melaknat kalian yang buat tidak endah dengan keadaan kami di sini. Kamu
tahu, kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara,
batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian.
Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak
kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah
gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat, hari yang ALLAH telah janjikan
untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama, mereka akan mempersoalkan
kalian di hadapan ALLAH atas apa yang kalian lakukan kepada kami hari ini..
Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti. “Ya ALLAH, mereka saudara kami,
tetapi mereka telah membiarkan kami.”
Apakah kamu menyangka ALLAH akan melepaskan kalian?
Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai
bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti
kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen ALLAH yang ALLAH redhai.
Kalian tahu, yang mati syahid tidak akan dihisab oleh pertimbangan ALLAH. Kami
akan terus masuk ke syurga. Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian
akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh
ALLAH. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya.
“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah,
tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar
zarah, tetap akan dihitung.”
Pasti kalian akan meminta dijadikan sebagai tanah ketika
itu.“ ...alangkah baiknya jika dahulu aku hanyalah tanah.”
Kamu tahu, aku dan semua sahabatku, juga semua mereka yang
telah mati terkorban, terbunuh di sini, tidak memerlukan belas kasihan kalian.
Yang kami perlukan adalah perubahan diri kalian. Kita saudara bukan? Kenapa
kalian mesti membiarkan kami? Berubahlah untuk ALLAH, untuk diri kalian
sendiri. Ketahuilah bahawa ISLAM itu satu. Palestin juga adalah tanah kamu.
Kenapa kalian membiarkan kami? Buangkanlah wahn dalam hati kalian. Dunia ini
hanya sementara. Akhirat jualah yang benar dan kekal abadi selama-lamanya.
Bukankah ALLAH telah berpesan kepada kalian,
“ setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan hanya pada
hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasan kamu. Barangsiapa yang
dijauhkan dari neraka, dan dimasukkan pula ke dalam syurga, sungguh dia telah
memperolehi kemenangan, kehidupan di dunia ini tiadalah lebih dari kesenangan
yang memperdaya”
Kenapa kalian mesti takut dengan segala sekatan Israel
dan kuncunya Amerika? Adakah kerana mereka memegang nyawa kalian? Adakah kerana
mereka memegang harta kalian? Buanglah wahn, hilangkanlah cinta dunia dan takut
mati kalian. ALLAH jugalah yang memegang nyawa kalian. ALLAH jugalah yang
menjaga kalian. ALLAH jugalah yang berkuasa atas kalian. Bukankah ALLAH sering
mengulang di dalam Al-Quran, “Sesungguhnya ALLAH itu atas segala perkara.”
Aku ulang, hidup kita hanya sementara. Hanya sementara.
Kenapa kalian sia-siakan akhirat yang selama-lamanya untuk dunia yang sementara
ini. Apa yang kalian takutkan?
Janganlah kalian hanya menjadi buih, dijentik terus pecah.
Rasulullah telah mengetahui akan datangnya zaman ini. Sabdanya, “kelak
ummat-ummat lain akan menggerumuni kalian seperti orang-orang lapar
menggerumuni hidangan.”
Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah ketika itu bilangan kamu sedikit ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi kamu seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah wahn itu ya Rasulullah?”
“Cinta dunia dan takut mati”
Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah ketika itu bilangan kamu sedikit ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi kamu seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah wahn itu ya Rasulullah?”
“Cinta dunia dan takut mati”
Aku dengar kalian mempunyai banyak tentera dan senjata yang
hebat-hebat. Kalau seluruh negara ISLAM bersatu, Amerika juga bukan tandingan.
Hendak menentang Hizbullah pun mereka tidak mampu, apalagi menentang kesatuan
kalian. Kenapa kalian takut? Buangkanlah wahn. Bantulah kami. Bukankah di dalam
Al-Quran yang kalian kita sama-sama membaca ada tertulis, “Dan sekiranya
mereka meminta pertolongan kalian (ketika mereka diserang) kerana ISLAM, kalian
mestilah sudi menolong mereka.”
Ah...
Kereta kebal mereka telah mampir. Aku mesti bersiap
sekarang.. Kalian tahu, walaupun kami mati, kami akan masuk syurga. Kalian yang
terus hidup akan ke mana? Kalian akan dipersoalkan atas apa yang berlaku pada
kami hari ini. ALLAH bersama kami dan tidak bersama-sama musuh kami. Mati kami
mati mulia, menang mereka menang hina. Kami jugalah yang menang sebenarnya.
ALLAH itu matlamat kami,
Rasul itu contoh ikutan dan pemimpin kami,
Al-quran itu perlembagaan kami,
Jihad itu adalah jalan kami,
Dan mati di jalan ALLAH itu, adalah cita-cita tertinggi kami.
Rasul itu contoh ikutan dan pemimpin kami,
Al-quran itu perlembagaan kami,
Jihad itu adalah jalan kami,
Dan mati di jalan ALLAH itu, adalah cita-cita tertinggi kami.
Aku tinggalkan pesanan ini, moga pesanan ini tidak hancur dimusnahkan oleh kemusnahan yang berlaku di sini. Pesanan ini untuk kalian. Ya, kalian. Saudaraku, seaqidah denganku.
Semoga ALLAH mencampakkan kesedaran dalam hati kalian,
semoga ALLAH membangkitkan raksasa yang tertidur akibat bius yang disuntik oleh
musuh, semoga ALLAH membangkitkan kekuatan kita. Semoga ISLAM itu kembali
tinggi seperti dahulu kala, atau mungkin lebih baik lagi.
Janganlah kalian takut, sesungguhnya ALLAH telah berjanji, “Sekiranya
kamu membantu ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu dan menguatkan kaki-kaki
kamu.”
Ketahuilah, ALLAH tidak akan ubah nasib kita, melainkan kita
berusaha. ALLAH mengingatkan kita dalam firmanNya, “Sesungguhnya ALLAH tidak
akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang
ada pada diri mereka.”
Salam dari sahabat dan saudara kalian, anak Palestina bumi
berdarah, bumi perjuangan, bumi pengorbanan.
Selamatkanlah diri kalian dari api neraka. Sesungguhnya api
neraka itu azabnya tidak terkira.
Assalamu’alaikum.
Anak Palestina, Fathi Abzinah.