Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Wednesday, June 1, 2016

Ajarkan ku Erti sEtiA



Adakala aku tertanya
Tercari-cari bukti cinta
Yang ku kata untuk-Mu saja
Tapi goyah bila tergoda

Selalu janji ku mungkiri
Cintaku bagai tiada erti
Sedang cintaku bukan palsu
Ku yakin Engkau Maha Tahu

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk tetap setia

Walau ku sedarkan diriku
Takkan pernah kuat tanpa-Mu
Betapa Kau sangat ku perlu
Namun sering ku tinggalkan-Mu

Ketika segalanya indah
Ku lupa Kau selalu ada
Tapi bila resah menyinggah
Dan baru rinduku menjelma

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk kekal setia

Saat hatiku mula rapuh
Saat tangisku mula luruh
Ku rayu agar Kau takkan pernah menjauh

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk kekal setia

Saat hatiku mula rapuh
Saat tangisku mula luruh
Ku rayu agar Kau takkan pernah menjauh

Jangan Kau uji
Jangan Kau tinggal
Takkan ku mampu 
Hidup tanpa-Mu
Akan ku cuba
Akan ku terus setia

Wednesday, July 2, 2014

Mohon .... :'(

Ramadhan Kareem...!!
Moga semua dalam rahmat dan kasih-sayangNya sentiasa ^_^.

Jom kita banyakkan membaca doa ini



Di kesempatan di bulan berkah ini dan dengan kasihan drpd pembaca semua, ingin saya minta sedikit bantuan pada kalian. Akan tetapi, sebelum saya minta tolong, izinkan saya cerita secara ringkas mengenainya. 

Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang ibu yang solehah, muslehah, dan juga merupakan seorang Hafizatul Quran. Saya teramat bangga dengan beliau kerana banyak sangat pengorbanan yang telah disumbangkan kepada kami sekeluarga dan juga Ummah hari ini. Beliau juga merupakan seorang Mudirah (pengetua) di sebuah Maahad Tahfiz Al-Aqsa . Allah izin, pada bulan Mac ini, beliau telah dimasukkan ke Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur hampir sebulan lebih. Alhamdulillah, kini, beliau telah dikeluarkan drpd Hospital. Akan tetapi, kesihatannya masih lagi tidak stabil, dan Allah izin, sekarang, ibu ku ; Sharifah Nurulhuda binti Syed Ibrahim sedang menahan sakitnya yang teramatlah perit di seluruh tubuh beliau. 

Ditambah lagi, saya sebagai anak sulong kepada beliau dan tidak lama lagi , saya akan menghadapai peperiksaan besar iaitu Sijil Tinggi Islam Malaysia(STAM).

Oleh demikian, dengan prihatin dan kasih-sayang kalian, saya ingin minta tolong agar doakan utk ibu ku; Sharifah Nurulhuda cepat sembuh drpd penyakitnya itu dan saya dapat MUMTAZ dalam STAM pada tahun ini serta Allah membantu pengurusan di Maahad Tahfiz Al-Aqsa yang kini, kami sedang mencari dana utk membeli rumah sewa(iaitu tempat Tahfiz beroperasi dan sudah berdaftar di bawah JAIS) drpd dijual kepada orang lain. 




InsyAllah, pada 7/7 ini, saya ada exam syafawi STAM. Mohon doa drpd semua agar diri ini dipermudahkan segala urusan, dan lancar ber'syafawi' nanti. 


Maahad Tahfiz Al-Aqsa


Wallahu'a'lam. Ma'assalamah :)

Ramadhan Mubarak semua ^_-. 





Thursday, May 22, 2014

أخترت طريق الله :)





اخترت طريق الله انا اخترت طريق الله

اخترت طريق هدى وسنا اخترت طريق الله
فانطلقت روحى سابحة تجتاز الانجم والزمن

من بين مئات الاصوات صوت قد اشرق فى ذاتى
ادركت به سر حياتى ورضيت العمر له ثمنا

اخترت وما ابهى الدرب ممتدا منعطفا رحبا
سهلا حينا حينا صعبا افراحا طورا او محنا

فى ذكر احيا وقنوت ما بين دعاء وسكوت
وكتاب الله غدا قوتي يسقيني البشر كئوس هنا

النور حواني فشكرت والهم براني فصبرت
اخترت واعرف ما اخترت ان تاه الناس هنا وهنا

أخترت طريق الله :)

Tuesday, May 6, 2014

Rebutlah ~_^





Rebutlah masa menunggu dengan membaca Al-Quran dan mengingati Allah ^_-.





Monday, March 24, 2014

Kawan2 yg DAH...

Tahun ni, dah dua orang kawan kami yg telah mendirikan Baitul Muslim.

First Nurul Muawwanah..., walimah pada tahun lepas, dia dah pun dapat baby...
comel ....., baby nilah; anak sulung dalam batch Infitah -_^. 

Nak tengok gambar anak batch kami ?!
Baru lahir...

Gambar sekarang....

Dah besar dah dia sekarang....



Bulan 3 baru-baru, ada seorang lagi kawan kita yg dah walimah...
namanya : Nur Amirah Azli
Majlis Akad Nikah Amira... :)







Nampak sweet dan bahagia kan .....?! 

Moga Nurul dan Miera berjaya menjadi isteri dan ibu yg solehah dan muslehah. :)
Korang jangan lupa doa utk saya jugak yea... Hee... ^__^.


Tuesday, October 22, 2013

Cinta itu Fitrah

"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. 

Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. 

Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..

"kami tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami selepas akad nikah" -blog kunfayakun

"Aku menyintaimu kerana DEEN yang ada padamu, jika kau hilangkan deen dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]

Thursday, October 3, 2013

Kesetiaan, Pengorbanan dan Pengharapan

  • Assalamualikum wtrh semua..., 
    Ada satu cerita benar yang ingin ana kongsikan pada kawan-kawan sekalian... Ana rasa nak kongsikan kisah ni, sebab kisah ni ada kena mengena dengan keadaan ana sekarang(umi dah menghidap sakit kulit ni dah 16 tahun lamanya, dan sekarang sedang sakit teruk).




    Bismillahirrahmanirrahim...
    Seorang isteri menceritakan kisah suaminya pada tahun 1415H, dia berkata :
    Suamiku adalah seorang pemuda yang gagah, semangat, rajin, tampan, berakhlak mulia, taat beragama, dan berbakti kepada kedua orang tuanya. Dia menikahiku pada tahun 1390 H. Aku tinggal bersamanya (di kota Riyadh) di rumah ayahnya sebagaimana tradisi keluarga-keluarga Arab Saudi. Aku takjub dan kagum dengan baktinya kepada kedua orang tuanya. Aku bersyukur dan memuji Allah yang telah menganugerahkan kepadaku suamiku ini. Kamipun dikaruniai seorang puteri setelah setahun pernikahan kami.
    Lalu suamiku pindah kerjaan di daerah timur Arab Saudi. Sehingga ia berangkat kerja selama seminggu (di tempat kerjanya) dan pulang tinggal bersama kami seminggu. Hingga akhirnya setelah 3 tahun, dan puetriku telah berusia 4 tahun… Pada suatu hari iaitu tanggal 9 Ramadhan tahun 1395 H tatkala ia dalam perjalanan dari kota kerjanya menuju rumah kami di Riyadh ia mengalami kecelakaan, mobilnya terbalik. Akibatnya ia dimasukkan ke Rumah Sakit, dia dalam keadaan koma. Setelah itu para dokter spesialis mengabarkan kepada kami bahwasanya ia mengalami kelumpuhan otak. 95 persen organ otaknya telah rusak. Kejadian ini sangatlah menyedihkan kami, terlebih lagi kedua orang tuanya lanjut usia. Dan semakin menambah kesedihanku adalah pertanyaan puetri kami (Asmaa') tentang ayahnya yang sangat ia rindukan kedatangannya. Ayahnya telah berjanji membelikan mainan yang disenanginya…
    Kami sentiasa bergantian menjenguknya di Rumah Sakit, dan dia tetap dalam keadaannya, tidak ada perubahan sama sekali. Setelah lima tahun berlalu, sebagian orang menyarankan kepadaku agar aku cerai darinya melalui pengadilan, kerana suamiku telah mati otaknya, dan tidak boleh diharapkan lagi kesembuhannya. Yang berfatwa demikian sebagian syaikh -aku tidak ingat lagi nama mereka- iaitu bolehnya aku cerai dari suamiku jika memang benar otaknya telah mati. Akan tetapi aku menolaknya, benar-benar aku menolak anjuran tersebut.
    Aku tidak akan cerai darinya selama ia masih ada di atas muka bumi ini. Ia dikuburkan sebagaimana mayat-mayat yang lain atau mereka membiarkannya tetap menjadi suamiku hingga Allah melakukan apa yang Allah kehendaki.
    Akupun memfokuskan konsentrasiku untuk mentarbiyah puteri kecilku. Aku memasukannya ke sekolah tahfiz al-Quran hingga akhirnya iapun menghafal al-Qur'an padahal umurnya kurang dari 10 tahun. Dan aku telah mengabarkannya tentang keadaan ayahnya yang sesungguhnya. Puteriku terkadang menangis tatkala mengingat ayahnya, dan terkadang hanya diam membisu.
    Puetriku adalah seorang yang taat beragama, dia sentiasa solat pada waktunya, ia solat di penghujung malam padahal sejak umurnya belum 7 tahun. Aku memuji Allah yang telah memberi taufiq kepadaku dalam mentarbiyah puteriku, demikian juga neneknya yang sangat sayang dan dekat dengannya, demikian juga kakeknya rahimahullah.
    Puetriku pergi bersamaku untuk menjenguk ayahnya, ia meruqyah ayahnya, dan juga bersedekah untuk kesembuhan ayahnya.
    Pada suatu hari di tahun 1410 H, puteriku berkata kepadaku : Umi biarkanlah aku malam ini tidur bersama ayahku...
    Setelah keraguan menyelimutiku akhirnya akupun mengizinkannya.
    Puteriku bercerita :
    Aku duduk di samping ayah, aku membaca surat Al-Baqarah hingga selesai. Lalu rasa mengantuk pun menguasaiku, akupun tertidur. Aku mendapati seakan-akan ada ketenangan dalam hatiku, akupun bangun dari tidurku lalu aku berwudhu dan solat –sesuai yang Allah tetapkan untukku-.
    Lalu sekali lagi akupun dikuasai oleh rasa mengantuk, sedangkan aku masih di tempat solatku. Seakan-akan ada seseorang yang berkata kepadaku, "Bangunlah…!!, bagaimana engkau tidur sementara Ar-Rohmaan (Allah) terjaga??, bagaimana engkau tidur sementara ini adalah waktu dikabulkannya doa, Allah tidak akan menolak doa seorang hamba di waktu ini??"
    Akupun bangun…seakan-akan aku mengingat sesuatu yang terlupakan…lalu akupun mengangkat kedua tanganku (untuk berdoa), dan aku memandangi ayahku –sementara kedua mataku berlinang air mata-. Aku berkata dalam do'aku, "Yaa Robku, Yaa Hayyu (Yang Maha Hidup)…Yaa 'Adziim (Yang Maha Agung).., Yaa Jabbaar (Yang Maha Kuasa)…, Yaa Kabiir (Yang Maha Besar)…, Yaa Mut'aal (Yang Maha Tinggi)…, Yaa Rohmaan (Yang Maha Pengasih)…, Yaa Rohiim (Yang Maha Penyayang)…, ini adalah ayahku, seorang hamba dari hamba-hambaMu, ia telah ditimpa penderitaan dan kami telah bersabar, kami Memuji Engkau…, kemi beriman dengan keputusan dan ketetapanMu baginya…
    Ya Allah…, sesungguhnya ia berada dibawah kehendakMu dan kasih sayangMu.., Wahai Engkau yang telah menyembuhkan nabi Ayyub dari penderitaannya, dan telah mengembalikan nabi Musa kepada ibunya…Yang telah menyelamatkan Nabi Yuunus dari perut ikan paus, Engkau Yang telah menjadikan api menjadi dingin dan keselamatan bagi Nabi Ibrahim…sembuhkanlah ayahku dari penderitaannya…
    Ya Allah…sesungguhnya mereka telah menyangka bahwasanya ia tidak mungkin lagi sembuh…Ya Allah milikMu-lah kekuasaan dan keagungan, sayangilah ayahku, angkatlah penderitaannya…"
    Lalu rasa mengantukpun menguasaiku, hingga akupun tertidur sebelum subuh.
    Tiba-tiba ada suara lirih menyeru.., "Siapa engkau?, apa yang kau lakukan di sini?". Akupun bangun kerana suara tersebut, lalu aku menengok ke kanan dan ke kiri, namun aku tidak melihat seorangpun. Lalu aku kembali lagi melihat ke kanan dan ke kiri…, ternyata yang bersuara tersebut adalah ayahku…
    Maka akupun tak kuasa menahan diriku, lalu akupun bangun dan memeluknya karena gembira dan bahagia…, sementara ayahku berusaha menjauhkan aku darinya dan beristighfar. Ia barkata, "Ittaqillah…(Takutlah engkau kepada Allah….), engkau tidak halal bagiku…!". Maka aku berkata kepadanya, "Aku ini puetrimu Asmaa'". Maka ayahkupun terdiam. Lalu akupun keluar untuk segera mengabarkan para doktor. Merekapun segera datang, tatkala mereka melihat apa yang terjadi merekapun kehairanan.
    Salah seorang doktor Amerika berkata –dengan bahasa Arab yang tidak fasih- : "Subhaanallahu…". Dokter yang lain dari Mesir berkata, "Maha suci Allah Yang telah menghidupkan kembali tulang belulang yang telah kering…". Sementara ayahku tidak mengetahui apa yang telah terjadi, hingga akhirnya kami mengabarkan kepadanya. Iapun menangis…dan berkata, اللهُ خُيْرًا حًافِظًا وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِيْنَ Sungguh Allah adalah Penjaga Yang terbaik, dan Dialah yang Melindungi orang-orang sholeh…, demi Allah tidak ada yang kuingat sebelum kecelakaan kecuali sebelum terjadinya kecelakaan aku berniat untuk berhenti melaksanakan solat dhuha, aku tidak tahu apakah aku jadi mengerjakan solat duha atau tidak..??
    Sang isteri berkata : Maka suamiku Abu Asmaa' akhirnya kembali lagi bagi kami sebagaimana biasnya yang aku mengenalinya, sementara usianya hampir 46 tahun. Lalu setelah itu kamipun dianugerahi seorang putera, Alhamdulillah sekarang umurnya sudah mulai masuk tahun kedua. Maha suci Allah Yang telah mengembalikan suamiku setelah 15 tahun…, Yang telah menjaga puterinya…, Yang telah memberi taufiq kepadaku dan menganugerahkan keikhlasan bagiku hingga mampu menjadi isteri yang baik bagi suamiku…meskipun dia dalam keadaan koma…
    Maka janganlah sekali-kali kalian meninggalkan do'a…, sesungguhnya tidak ada yang menolak qadha' kecuali do'a…barangsiapa yang menjaga syari'at Allah maka Allah akan menjaganya.
    Jangan lupa juga untuk berbakti kepada kedua orang tua… dan hendaknya kita ingat bahwasanya di tangan Allah lah pengaturan segala sesuatu…di tanganNya lah segala taqdir, tidak ada seorangpun selainNya yang ikut mengatur…
    Ini adalah kisahku sebagai 'ibroh (pelajaran), semoga Allah menjadikan kisah ini bermanfaat bagi orang-orang yang merasa bahwa seluruh jalan telah tertutup, dan penderitaan telah menyelimutinya, sebab-sebab dan pintu-pintu keselamatan telah tertutup…
    Maka ketuklah pintu langit dengan do'a, dan yakinlah dengan pengabulan Allah….
    Demikianlah….Alhamdulillahi Robbil 'Aaalamiin (SELESAI…)

Saturday, September 14, 2013

Mengejar Sempurna

Alam kaku
Bagai diwarnakan
Putih hitam kelabu
Hingga tiba
Terbitnya mentari
Yang dihias pelangi
Melengkapi sebuah perjalanan
Kau dan aku bersamanya
Seiringan...

Berlari ke impian
Terbang ke puncak awan
Andai jatuh tersimpuh
Lantas kau hulur tangan
Bersama kita bangun teruskan kehidupan

Mengejarkan sempurna
Hingga capai angkasa
Namun kan hilang makna
Andainya kau tiada
Walau derasnya masa
Segalanya.
Takkan berubah...

Zahirnya ketetapan
Pasti akan ada pasang, pasti akan ada surutnya
Kala kita teruji, disitulah letaknya erti
Erti sebuah kesetiaan

Berlari ke impian
Terbang ke puncak awan
Andai jatuh tersimpuh
Lantas kau hulur tangan
Bersama kita bangun teruskan kehidupan

Mengejarkan sempurna
Hingga capai angkasa
Namun kan hilang makna
Andainya kau tiada
Walau derasnya masa
Segalanya.
Takkan berubah...

Friday, September 13, 2013

Pendamping Syurga...

Wahai pendamping syurga, 

Aku yakin di belahan bumi sana engkau sedang berjuang meningkatkan keilmuanmu, memperluas wawasanmu dan menyibukkan diri dengan berbagai aktiviti syurgawi yang membuat Allah semakin mencintaimu. 

Semoga Allah sentiasa menolongmu dalam setiap kesulitan, dan memberkati setiap usahamu. Allah adalah cinta sejatimu yang tak kan pernah tergantikan dengan yang lain. Semoga Allah selalu menjagamu. 

Wahai pendamping syurgaku, yang akan menjadi imam dalam keluargaku, ayah untuk anak-anakku, aku pun di sini sedang mengupayakan hal yang sama. Melakukan hal yang terbaik sebagai persiapan untuk menyambutmu. 

Kadang aku lelah dan merasa jenuh dengan penantian ini. Tapi aku sedar, dalam penantian panjang ini adalah kesempatan yang diberikan Allah agar kita benar-benar mempersiapkan diri dengan limpahan ilmu dan kekuatan iman ketika mengarungi bahtera rumah tangga nanti. Sehingga kita dapat membawa cinta itu hingga ia kekal sampai syurga. Bersabarlah, karena Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

http://www.dakwatuna.com/2012/06/21386/calon-pendamping-surga/

Saturday, May 25, 2013

SeBeNtuK HaTi UnTuK-Mu

sebentuk hati untukmu...
dililit tali iman, 
diikat kemas agar permata itu x jatuh ke dalam lembah maksiat, 
dicemari karat2 jahiliyyah,


UNTUKMU SAHABAT...
ku mencintaimu bukan kerana kecantiknmu,
kerana kecantikanmu itu x kekal...


ku mencintaimu bukan kerana kekayaanmu,
kerana hartamu akan habis binasa...


ku mencintaimu bukan kerana kebaiknmu,

kerana kebaiknmu akan diuji ujian-Nya...

kerana ku x mahu mengambil kesempatan
terhadap kecantiknmu,
kekayaanmu,
kebaikanmu..
kerana,jika ikatan iman itu longgar @ trbuka,



pasti, ku mengambil jalan pintas menuju ke lembah kehinaan itu..
tapi ku x mahu semua itu..
dan ku x sanggup berbalah denganmu di akhirat sana..



"Pada hari itu, sahabat2 karib saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa."   (Az-Zukhruf : 67)


cinta berlandaskan iman & taqwa,
ibarat hati yang dililit tali iman,



ku mencintaimu...
kerana DIKAU ADALAH SAUDARAKU, DAN AKU ADALAH SAUDARAMU..
itu adalah amanah Allah kepadaku.. 


"innamal mu'minuna ikhwah.."

itulah cinta fillah...uhibbuki lillahi ta'ala..
sambutlah amanah Allah..
sambutlah permata hati itu..
yang dililit tali iman...



- Bintu Al-Mustofa <3 -

Saturday, April 6, 2013

Ibu Yang Baik, Akan Melahirkan Masyarakat yang Baik

 > الام مدرسة اذا اعددتها اعددت شعبا الاعراق الام روض ان تعقدة الحيا بالري اورق ايما ايراق <


Al-Ummah (UMMAH) berasal daripada kalimah Al-Umm (IBU) ♥

Al-Umm yang solehah akan menghasilkan Al-Ummah(masyarakat) yang soleh dan solehah,

Sebaliknya, Al-Umm yang tidak solehah akan menghasilkan Al-Ummah yang tidak soleh juga.

Runtuhnya institusi Keibuan, maka Runtuhlah Al-Ummah itu.

Ayuh persiapkan diri menjadi Al-Umm yang solehah wahai bakal2 Al-Umm sekalian !

Monday, March 25, 2013

Jadilah Peribadi yang Bijaksana !

 




           Bijaksana adalah jika kita meletakkan sesuatu pada tempat yang sesuai. Maksudnya, kita perlu mengetahui keadaan kita dan keadaan orang di sekitar, kemudian diri kita mampu mengambil sikap yang betul. Dalam bergaul, baik dalam keluarga ataupun masyarakat, kita perlu memahami karakter orang lain, sehingga dapat mengambil sikap yg betul. Biasanya, kesalahan dalam memahami orang lain akan menyebabkan kesalahan dalam menyikapinya. Inilah yang disebutkan dengan salah faham.

             Ketika sesuatu telah terjadi, kita selalu menyalahkan orang lain ataupun faktor di luar diri kita. Padahal, sebenarnya yg terjadi adalah kita tidak dapat memahami orang lain, sehingga kita salah dalam bersikap ataupun bertutur. Akibatnya, orang lain berkata dan berbuat yg tidak baik terhadap kita.

            Demikian juga, kita selalu memaksa orang lain utk memahami diri kita dengan cara pandangan kita. Sedangkan, setiap org mempunyai cara pandangan yg berbeza-beza. Di sinilah kita seharusnya mengedepankan husnuzh-zhan (berbaik sangka) dalam memandang orang lain. Kemampuan memahami orang lain ini akan byk membantu diri kita utk meletakkan diri pada keadaan yg betul. Kemampuan meletakkan sesuatu pd tempatnya inilah yg disebut sebagai bijaksana...

             Jika kita termasuk mukmin yang bijaksana dalam berinteraksi dgn orang lain, maka hal itu akan membawa kpd kebahagiaan dan ketenteraman hati. Kita akan mendapatkan kesejukan jiwa dan saraf-saraf kita pun rileks. Jadi, sikap bijaksana ini akan membawa byk kebaikan, sebagaimana firman Allah swt :

Allah memberikan Hikmah kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikiran-nya.
-2:269-

                 Hal ini tentunya berbeza ketika kita memilih sikap semberono dan tergesa-gesa dalam menyikapi sesuatu. Semberono dan tergesa-gesa pastilah akan melahirkan kecemasan, kegelisahan dan kekalutan. Bahkan, terkadang menyebabkan hal yg fatal(kebinasaan) berlaku. 

Hurmm...., cuba kita renungi kisah Ummu Sulim dengan Abu Thalhah ; -Bagaimana dia menerima lamaran Abu Thalhah? -Dan, bagaimana pula dia menyampaikan berita kematiaan anak kesayangan mereka kpd suaminya?

Renungkanlah....! Terutamanya, dia mampu mengambil sikap bijaksana dalam kematian anaknya. Dia menghadapi sesuatu dengan tenang, sama sekali tidak marah. Ummu Sulaim tidak bertindak melulu, melainkan setelah berfikir masak-masak dahulu bagaimana caranya dia harus bertindak. 

Wahai sauradara-saudariku sekalian..! 

           Kini, kita sangat2 memerlukan teladan yang dapat berinteraksi dengan bijaksana. Bayangkan, jika dalam sebuah keluarga, kita mampu bersikap bijaksana dan selalu berjalan dgn baik, kita akan hidup dengan penuh kebahagiaan dan ketenteraman. Hubungan antara ahli keluarga pun akan berjalan dgn harmoni serta dipenuhi dgn cinta dan kasih-sayang. 

          Tetapi.., Sebaliknya, jika keluarga kita diisi oleh orang-orang yg suka marah, tidak mampu mengawal  diri, tidak dapat berfikir jernih, suka mengumpat, dan bersikap kasar dalam berkata-kata, maka tidak akan terwujud keluarga yg harmoni. 

Ingatlah wahai diri..! orang2 yg dikalahkan oleh hawa nafsu dan amarah, sehingga tidak mampu mengawal diri, maka mereka tidak akan mampu mewujudkan keluarga yg damai. Syaitan itu sentiasa meniupkan api permusuhan yg akan menghancurkan rumah-tangga. 

Allah Azza Wa Jalla ada berfirman : 


Maksudnya:"Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik(benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bg manusia."
-17:53-


Subhanallah..! Allah swt memberikan petunjuk kpd kita semua utk berkata yg baik dalam keadaan apa sekalipun. Di sini, kita seharusnya melatih dlm mengendalikan diri, sehingga tidak mengucapkan lagi perkataan yg tidak sepatutnya. 

              Akhir kata..., Ingatlah semua..termasuk diri saya sendiri. Syaitan itu adalah musuh yg nyata bagi umat manusia. Syaitan selalu mencari kesalahan dalam berkata-kata. Syaitan mengadakan permusuhan dan kebencian antara sesama manusia. Syaitan selalu mencari celah dari kata-kata yg baik utk dapat digelincirkan! Berhati-hati kita yea!! Sama2 kita doa, agar kita semua termasuk dalam golongan manusia yg bijaksana. #jgn lupa, memperbykkan istighfar dan baca isti'azah!


Rujukan;
-Saudariku, Jagalah Allah, Nescaya Allah Akan Menjagamu(Abdul Hamid b Abbdurrohman As-Sahibany)
-http://quran.com


Wednesday, December 19, 2012

..*_*.. Mohon Kekal Peroleh Taufiq

"Ya Allah,aku mohon kepada-Mu teguh dalam segala urusan dan ketetapan dalam hati di atas Petunjuk-Mu. Kami mohon kepada-Mu hati yang bersih dan lidah yang jujur. Kami mohon kepada-Mu kebajikan yang Engkau ketahui. Kami berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang Engkau ketahui dan kami mohon ampun kepada-Mu terhadap apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui hal-hal yang Ghaib.

(Hadith Riwayat Muslim)

Sunday, December 9, 2012

Antara Faktor Muslim Itu Lemah





Assalamualaikum wrth, insya Allah, pada kali ini, saya ingin kongsikan pada semua, khususnya saudara seislam tercinta. cuba kita lihat pada diri kita; "Adakah semakin hari, semakin meningkat tahap keimanan ku?". Cuba kita renung kembali pada diri masing-masing, termasuk diri saya sendiri. Tambahan pula, saya baru sahaja selesai menghadapi SPM. Masa yang terluang terlalu banyak hinggakan aku alpa & lalai. Oleh hal itu, aku membaca kitab-kitab tarbawi serta melayari blog-blog tarbawi bagi mengubati penyakit hati yang terdapat dalam diriku. Ini adalah sebahagian kecil yang dapat saya kongsikan bersama anda. 


1) Tenggelam dalam pelbagai kemewahan dan kenikmatan, suka berhiburan dan keseronokan. Sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud; “Dan jika kami hendak membinasakan negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu. Maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya ketentuan kami dan kemudian kami hancurkan negeri itu sehancurhancurnya”. (al Isra’:16)

2)  Peralihan kuasa. Kebanyakan mereka(pemimpin2) ini tidak pernah merasa kemanisan Islam yang sebenar. Hati-hati mereka tidak dapat disinari oleh cahaya al Quran disebabkan kesukaran memahami maksud-maksudnya. Sedangkan mereka telah membaca firman Allah, maksudnya, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaan mu orang- orang yang di luar kalangan mu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagi mu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepada mu ayat-ayat (Kami) jika kamu mahu memahaminya”. (Al Imran :118)

3) Mengabaikan ilmu-ilmu teknologi dan sains sebaliknya menghabiskan masa dengan teori falsafah dan ilmu-ilmu khayal yang mandul. Sedangkan Islam mengesa mereka supaya mengkaji, menyelidik segala rahsia-rahsia kejadian, meneroka di muka bumi dan berfikir tentang makhluk Allah sebagaimana firman Allah, maksudnya; “Katakanlah, perhatikanlah apa yang ada di langit dan bumi”. (Yunus:101). masyarakat lain sehingga mereka ketinggalan dalam persiapan dan persediaan yang mana akhirnya mereka telah di cakup sekali gus. Al Quran telah memerintahkan mereka supaya sentiasa berwaspada dan jangan lalai. Ia mensifatkan orang-orang yang lalai dan cuai tak ubah seperti binatang bahkan lebih sesat dari itu. Firman Allah, maksudnya; “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak di pergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak di pergunakannnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat- ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang- orang yang lalai” (al-A’raf:179).



Tiga point penting yang saya kongsikan ini adalah berkaitan rapat dengan diri ini. Ya Allah.., ampunilah dosa-dosa hamba. Aku terlalu banyak maksiat pada Engkau. Aku mohon, Engkau peliharalah hati ku agar semakin hari, hati dan 'amalan hamba semakin meningkat nilainya di sisi Engkau. 


Uhibbullah jiddan2!

Sunday, August 12, 2012

DiRiKu TeRaSa KuRaNg.....

Ya Allah...Aku merayu...
Ya Allah...Sungguh Engkaulah Illahku...

Sungguh Engkaulah Rabku.., 

Sungguh aku terlalu mencintaiMu..., 

aku terlalu mencintaiMu...Ya Allah...,

akan tetapi...hamba sering alpa dan lalai dlm mengingatiMu...

maka ampunilah daku....Ya Allah..., Sungguh, aku ini terlalu banyak kekurangan dan kelemahan,

maka Engkau perbaikilah diri ini untuk menjadi hambaMu yang Solehah... 

dan Engkau masukkanlah hamba ke dalam FirdausMu bersama kekasihMu...Muhamad saw....,

Ya Ilahi..., Engkau perelokkanlah budi pekertiku & perelokkanlah 'amalanku pdMu...

Ya Ilahi.., Engkau percantikkanlah apa yang kurang pada diriku ini..Ya Allah...

Sungguh, hanya kpdMu aku menyembah....& hanya kpdMu aku mohon pertolongan... 

Monday, May 28, 2012

TANDA-TANDA CINTAKAN ALLAH

I Love Allah
Love Allah


Assalamu'alaikum wtbth..., Siapakah yang anda cintai?

 Betul ke anta/enti cintakan dia? 

Apa bukti cinta awak padanya? 

Ermmmm..., Kita semua adalah manusia..., manusia ini fitrahnya suka bercinta, di mana yang membuatkan hati kita menjadi bahagia. Kebanyakan manusia di muka bumi ini sering meletakkan cinta utama mereka kepada makhluk(dunia), termasuk tv, internet, kawan-kawan, pasangan dan lain-lain. Akan tetapi cinta yang paling utama adalah Cinta Hakiki. Cinta Hakiki bagi sekalian makhluk di alam semesta ini adalah Allah SWT, Dialah yang menjadikan, menjaga, memberi rezeki dan sebagainya kepada kita..., Allah swt lah Yang Maha Penyayang pada kita..(sekalian manusia), maka wajiblah serta layaklah Allah merupakan Cinta Utama kita. 

Tapi, bagaiman pula dengan manusia yang berkata, "Aku cintakan Allah", akan tetapi tidak kelihatan pada dirinya itu akan kecintaannya kepada Allah. Maka, hanya ungkapan tidak cukup bukan? Oleh sebab itu, tergerak hati ana untuk mencari tanda-tanda cinta kita kepada-Nya dan ingin berkongsi pada semua. Marilah kita menjadi hamba yang Dia redhoi dan cintai.


Cintakan Allah swt mempunyai tanda-tanda yang dapat dilihat dalam keperibadian hamba-hamba yang cintakan-Nya. Antaranya ialah:

1.    Selalu menyebut-Nya (Az-Zikr)

Apabila seseorang mencintai sesuatu maka ia akan sering menyebutnya. Oleh kerana Allah  swt yang paling berhak dicintai, maka Dia-lah yang paling layak diingati dan disebut-sebut. Firman-Nya:


Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Rab-lah mereka bertawakkal.
(Al-Anfal, 8:2)

2.    Mengkagumi-Nya (Al-I’jab)

Seseorang itu biasanya mengkagumi keindahan, kehebatan dan kelebihan yang ada pada sesuatu yang dikasihinya. Oleh kerana Allah yang memiliki segala sifat kesempurnaan, maka Dia-lah yang paling berhak dikagumi dan dipuji. Firman-Nya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Rab alam semesta.
 (Al-Fatihah, 1:1-2)

3.    Redha terhadap-Nya (Ar-Ridha)

Cinta menyebabkan seseorang itu redha terhadap apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya, maka menurut pandangannya adalah baik belaka, meski pun mendatangkan kerugian pada harta bendanya. Baginya, yang paling mengembirakan ialah apabila kekasihnya redha kepadanya. Begitulah juga apabila seseorang cintakan Allah Subhanahuwata’ala, maka ia akan sentiasa mengejar redha-Nya. Firman-Nya:



Mereka (orang-orang munafik) bersumpah kepada kamu dengan (nama) Allah untuk mencari keredhaanmu, padahal Allah dan rasul-Nya itulah yang lebih patut mereka cari keredhaannya jika mereka orang-orang yang mukmin.
(A-Taubah, 9:62)

Orang yang cintakan Allah Subhanahuwata’ala akan membuktikan keredhaannya kepada Allah Subhanahuwata’ala dalam doanya yang tulus (sepertimana doa yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam):



                                          رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا ورسولا

(Riwayat Abu Daud, Termizi, An-Nasai dan Hakim)

Aku redha dengan Allah sebagai Rab, Islam sebagai din (agama) dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul

Orang yang redha terhadap Allah swt akan bertawakkal kepada-Nya (yakni berserah kepada-Nya), kerana segala ketentuan dan hasil bagi segala usahanya berada di tangan-Nya. Dia akan berpuas hati di atas segala hasil yang diperolehinya setelah dia berusaha dan berikhtiar dengan sebaik-baiknya. Firman-Nya:

Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.
(Ali-Imran : 122)

Firman-Nya lagi:

Bermaksud: “Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman. “
(Surah al-Ma’aidah : 23)

4.    Sanggup berkorban untuk-Nya (At-Tadh-hiyah)

Cinta menyebabkan seseorang sanggup berkorban demi memenuhi kehendak kekasihnya. Semakin besar cintanya, maka semakin besar pengorbanan yang sanggup dilakukan. Begitulah kesanggupan seseorang yang cintakan Allah akan bersedia berkorban demi memenuhi kehendak-Nya. Firman-Nya:


Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.
(Al-Baqarah, 2:207)

5.    Takut kepada-Nya (Al-Khauf)

Seseorang yang mencintai seorang yang lain akan takut kalau-kalau cintanya tak berbalas atau takut seandainya kelakuannya melukakan perasaan kekasihnya. Begitulah keadaan seorang hamba yang cintakan Allah swt, ia akan takut melakukan sesuatu yang mengakibatkan kemurkaan kekasihnya(kemurkaan Allah). 


Firman-Nya:


Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas, dan mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada Kami.
(Al-Anbiya’, 21:90)


Firman-Nya lagi:


Padahal Allah-lah yang berhak untuk kamu takuti, jika kamu benar-benar orang yang beriman.
(Surah at-Taubah : 13)


6.    Mengharap kepada-Nya (Ar-Raja’)

Orang yang mencintai seseorang akan mengharapkan balasan cinta daripada kekasihnya. Atau mengharapkan sesuatu pemberian daripada kekasihnya. Begitulah tabi’at insan yang cintakan Allah Subhanahuwata’ala, sentiasa mengharapkan pertolongan, rezeki, kemudahan dan pelbagai anugerah daripada-Nya. Firman-Nya:


Maka apabila kamu telah selesai (daripada sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rab-mulah hendaknya kamu berharap.
 (Al-Insyirah, 94 : 7-8)

Orang yang mengharapkan Allah Subhanahuwata’ala, akan mengemukakan harapannya di dalam doanya kepada-Nya. Allah Subhanahuwata’ala sememangnya menghendaki agar hamba-hamba-Nya berdoa kepada-Nya. Firman-Nya:


Hanya milik Allah asmaa-ul husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka berdoalah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu.

Firman-Nya lagi:

Berdo’alah kepada-Ku (Allah), niscaya akan Ku (Allah) perkenankan bagimu (do’a kamu semua).
(Ghafir (al-Mu’min) : 60)

Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala telah menggambarkan iqrar orang yang beriman di dalam ayat 5 surah al Fatihah:
Hanya kepada Engkaulah ( Allah) kami perhambakan diri (برعبودية) (menyembah) dan hanya kepada Engkaulah (Ya Allah) kami mohon pertolongan

7.    Ta’atkan-Nya (At-To’ah)

Kerana cinta, seseorang akan sanggup menta’ati semua perintah kekasihnya dan meninggalkan apa yang tidak disukai oleh kekasihnya. Maka begitulah sikap dan kesediaan orang yang cintakan Allah Subhanahuwata’ala, dia akan menta’ati perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Firman-Nya:


Dan taatilah Allah dan rasul, supaya kamu diberi rahmat.
(Ali-Imran : 132)

Firman-Nya lagi:


Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Ali Imran : 31)

Semua tanda-tanda di atas adalah ekspresi dan hasil cintakan Allah Subhanahuwata’ala. Cinta yang termulia dan teragung ialah cintakan Allah Subhanahuwata’ala.

Rujukan:
1)    Jasiman, Lc., Syarah Rasmul Bayan Tarbiyah,
2)    Ummu Yasmin, Panduan Kurikulum Bagi Da’i dan Murabbi
3)    Tim BIP, Syarah Rasmul Bayan
4)    Hassan al-Banna, Al-Ma’thurat.
5)   Al-Qur’an dan Terjemahannya.