Akan sentiasa wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh
Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts
Saturday, January 31, 2015
Monday, November 24, 2014
IBU, UMMAH MERINDUI MU
Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan mu'rid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.
Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”
“Ya,” jawab anak itu singkat.
” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)
Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.
Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”
Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dengan surah-surah yang lebih panjang.
“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”
Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya,” jawabnya dengan jujur.
Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan,
“Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”
“Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”
Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.
Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.
Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.
“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”
Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,
“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,
“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”
Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.
Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.
Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.
Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & dicintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”
Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang-orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.
Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.
Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).
Perempuan yang kita tahu dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.
Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.
Semoga kisah ini dapat kita ambil pelajaran & jadikan teladan.
Wednesday, July 2, 2014
Mohon .... :'(
Ramadhan Kareem...!!
Moga semua dalam rahmat dan kasih-sayangNya sentiasa ^_^.
Jom kita banyakkan membaca doa ini
Moga semua dalam rahmat dan kasih-sayangNya sentiasa ^_^.
Jom kita banyakkan membaca doa ini
Di kesempatan di bulan berkah ini dan dengan kasihan drpd pembaca semua, ingin saya minta sedikit bantuan pada kalian. Akan tetapi, sebelum saya minta tolong, izinkan saya cerita secara ringkas mengenainya.
Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang ibu yang solehah, muslehah, dan juga merupakan seorang Hafizatul Quran. Saya teramat bangga dengan beliau kerana banyak sangat pengorbanan yang telah disumbangkan kepada kami sekeluarga dan juga Ummah hari ini. Beliau juga merupakan seorang Mudirah (pengetua) di sebuah Maahad Tahfiz Al-Aqsa . Allah izin, pada bulan Mac ini, beliau telah dimasukkan ke Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur hampir sebulan lebih. Alhamdulillah, kini, beliau telah dikeluarkan drpd Hospital. Akan tetapi, kesihatannya masih lagi tidak stabil, dan Allah izin, sekarang, ibu ku ; Sharifah Nurulhuda binti Syed Ibrahim sedang menahan sakitnya yang teramatlah perit di seluruh tubuh beliau.
Ditambah lagi, saya sebagai anak sulong kepada beliau dan tidak lama lagi , saya akan menghadapai peperiksaan besar iaitu Sijil Tinggi Islam Malaysia(STAM).
Oleh demikian, dengan prihatin dan kasih-sayang kalian, saya ingin minta tolong agar doakan utk ibu ku; Sharifah Nurulhuda cepat sembuh drpd penyakitnya itu dan saya dapat MUMTAZ dalam STAM pada tahun ini serta Allah membantu pengurusan di Maahad Tahfiz Al-Aqsa yang kini, kami sedang mencari dana utk membeli rumah sewa(iaitu tempat Tahfiz beroperasi dan sudah berdaftar di bawah JAIS) drpd dijual kepada orang lain.
Monday, March 24, 2014
Kawan2 yg DAH...
Tahun ni, dah dua orang kawan kami yg telah mendirikan Baitul Muslim.
Nampak sweet dan bahagia kan .....?!
First Nurul Muawwanah..., walimah pada tahun lepas, dia dah pun dapat baby...
comel ....., baby nilah; anak sulung dalam batch Infitah -_^.
Nak tengok gambar anak batch kami ?!
Baru lahir...
Gambar sekarang....
Dah besar dah dia sekarang....
Bulan 3 baru-baru, ada seorang lagi kawan kita yg dah walimah...
namanya : Nur Amirah Azli
Nampak sweet dan bahagia kan .....?!
Moga Nurul dan Miera berjaya menjadi isteri dan ibu yg solehah dan muslehah. :)
Korang jangan lupa doa utk saya jugak yea... Hee... ^__^.
Friday, September 13, 2013
Pendamping Syurga...
Wahai pendamping syurga,
Aku yakin di belahan bumi sana engkau sedang berjuang meningkatkan keilmuanmu, memperluas wawasanmu dan menyibukkan diri dengan berbagai aktiviti syurgawi yang membuat Allah semakin mencintaimu.
Semoga Allah sentiasa menolongmu dalam setiap kesulitan, dan memberkati setiap usahamu. Allah adalah cinta sejatimu yang tak kan pernah tergantikan dengan yang lain. Semoga Allah selalu menjagamu.
Wahai pendamping syurgaku, yang akan menjadi imam dalam keluargaku, ayah untuk anak-anakku, aku pun di sini sedang mengupayakan hal yang sama. Melakukan hal yang terbaik sebagai persiapan untuk menyambutmu.
Kadang aku lelah dan merasa jenuh dengan penantian ini. Tapi aku sedar, dalam penantian panjang ini adalah kesempatan yang diberikan Allah agar kita benar-benar mempersiapkan diri dengan limpahan ilmu dan kekuatan iman ketika mengarungi bahtera rumah tangga nanti. Sehingga kita dapat membawa cinta itu hingga ia kekal sampai syurga. Bersabarlah, karena Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
http://www.dakwatuna.com/2012/06/21386/calon-pendamping-surga/
Aku yakin di belahan bumi sana engkau sedang berjuang meningkatkan keilmuanmu, memperluas wawasanmu dan menyibukkan diri dengan berbagai aktiviti syurgawi yang membuat Allah semakin mencintaimu.
Semoga Allah sentiasa menolongmu dalam setiap kesulitan, dan memberkati setiap usahamu. Allah adalah cinta sejatimu yang tak kan pernah tergantikan dengan yang lain. Semoga Allah selalu menjagamu.
Wahai pendamping syurgaku, yang akan menjadi imam dalam keluargaku, ayah untuk anak-anakku, aku pun di sini sedang mengupayakan hal yang sama. Melakukan hal yang terbaik sebagai persiapan untuk menyambutmu.
Kadang aku lelah dan merasa jenuh dengan penantian ini. Tapi aku sedar, dalam penantian panjang ini adalah kesempatan yang diberikan Allah agar kita benar-benar mempersiapkan diri dengan limpahan ilmu dan kekuatan iman ketika mengarungi bahtera rumah tangga nanti. Sehingga kita dapat membawa cinta itu hingga ia kekal sampai syurga. Bersabarlah, karena Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
http://www.dakwatuna.com/2012/06/21386/calon-pendamping-surga/
Saturday, May 18, 2013
Saturday, April 6, 2013
Ibu Yang Baik, Akan Melahirkan Masyarakat yang Baik
> الام مدرسة اذا اعددتها اعددت شعبا الاعراق الام روض ان تعقدة الØÙŠØ§ بالري اورق ايما ايراق <
Al-Ummah (UMMAH) berasal daripada kalimah Al-Umm (IBU) ♥
Al-Umm yang solehah akan menghasilkan Al-Ummah(masyarakat) yang soleh dan solehah,
Sebaliknya, Al-Umm yang tidak solehah akan menghasilkan Al-Ummah yang tidak soleh juga.
Runtuhnya institusi Keibuan, maka Runtuhlah Al-Ummah itu.
Ayuh persiapkan diri menjadi Al-Umm yang solehah wahai bakal2 Al-Umm sekalian !
Al-Ummah (UMMAH) berasal daripada kalimah Al-Umm (IBU) ♥
Al-Umm yang solehah akan menghasilkan Al-Ummah(masyarakat) yang soleh dan solehah,
Sebaliknya, Al-Umm yang tidak solehah akan menghasilkan Al-Ummah yang tidak soleh juga.
Runtuhnya institusi Keibuan, maka Runtuhlah Al-Ummah itu.
Ayuh persiapkan diri menjadi Al-Umm yang solehah wahai bakal2 Al-Umm sekalian !
Thursday, March 28, 2013
Sunday, March 10, 2013
Pendidikan Anak-anak Secara Islami
Dari Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap anak dilahirkan
dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi".
-Sahih Muslim-
"Salah satu, tapak asas yang terpenting dalam tarbiyah anak-anak ialah penanaman tauhid. Ia menjadi pasak yang penting dalam menyuburkan kecintaan mereka terhadap Rabb Pencipta mereka..."
"Salah satu, tapak asas yang terpenting dalam tarbiyah anak-anak ialah penanaman tauhid. Ia menjadi pasak yang penting dalam menyuburkan kecintaan mereka terhadap Rabb Pencipta mereka..."
-dipetik dari blog brohamzah-
Ya Allah.., Besarnya tanggungjawab untuk membentuk serta mentarbiah anak2 kita ini. Ana rasa sungguh takut dan bertanggungjawab. Kadang-kadang..., selalu diri ini terfikir sendirian...bagaimana caranya aku hendak mendidik anak2 aku nanti dgn cara Rasulullah dan para sahabat..? Mendidik anak2 agar mrk menjadi Jiilul Quranul Farid.
Urm..., Tetiba, diri ini dipanggil tuk sertai Seminar Pendidikan Anak-anak 2013 Siri 1 di Masjid Putra siang tadi. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
banyak yg ana dapat di sana..., Bahkan, jawapan pd soalan2 ana juga byk yg sudah terjawab..^_^ Hurm... ana harap, ana dpt ikuti lg siri2 susulan dlm mendidik anak2 ini.
Moga aku menjadi Ibu Murabbiyah yg mithali
-Persediaan Berumah tangga-
Wednesday, December 26, 2012
Pesanan Rasulullah Terhadap Wanita
Dunia ini ialah perhiasan & sebaik-baik perhiasan ialah wanita(isteri) solehah. (Riwayat Muslim)
......................
Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina(pelacur), dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
.......................
Dikahwini wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
......................
Wanita apabila dia solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan, serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki. (Riwayat Ahmad Ibn Hibban, Thabrani, Anas b Malik)
........................
Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap-gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat dari Tarmizi)
......................
Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima solatnya, sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya(meminta maaf). (Riwayat dari Hasan)
.....................
Wanita yang taat pada suami, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat pada suamainya dan diredainya(serta menjaga solat & puasanya).
..........................
Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasulullah SAW, Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari kebakaran api neraka.
.......................
Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminy di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.
......................
Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari nerakan dan selamatlah dia melintasi siratul mustaqim.
...................
Mana-mana wanita yang berkata pada suaminya, "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebaikan pun", maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa siang hari & beribadah pada malam hari.
...............................
Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
.......................
Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang berjihad pada jalan Allah(perang sabilillah).
.....................
Apabila wanita melahirkan anak, keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
-Dipetik dari EKSPO MATRI 2000
Sunday, August 12, 2012
DiRiKu TeRaSa KuRaNg.....
![]() |
| Ya Allah...Aku merayu... |
Ya Allah...Sungguh Engkaulah Illahku...
Sungguh Engkaulah Rabku..,
Sungguh aku terlalu mencintaiMu...,
aku terlalu mencintaiMu...Ya Allah...,
akan tetapi...hamba sering alpa dan lalai dlm mengingatiMu...
maka ampunilah daku....Ya Allah..., Sungguh, aku ini terlalu banyak kekurangan dan kelemahan,
maka Engkau perbaikilah diri ini untuk menjadi hambaMu yang Solehah...
dan Engkau masukkanlah hamba ke dalam FirdausMu bersama kekasihMu...Muhamad saw....,
Ya Ilahi..., Engkau perelokkanlah budi pekertiku & perelokkanlah 'amalanku pdMu...
Ya Ilahi.., Engkau percantikkanlah apa yang kurang pada diriku ini..Ya Allah...
Sungguh, hanya kpdMu aku menyembah....& hanya kpdMu aku mohon pertolongan...
Friday, June 8, 2012
Friday, May 18, 2012
Sebaik-baik Hiasan..., Wanita Solehah
![]() |
| Mujahidah Fi Sabilillah |
Wanita Solehah
Rasulullah SAW bersabda, “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”. (HR. Muslim). Wanita solehah adalah wanita yang bertaqwa, iaitu yang taat pada Allah dan Rasul-Nya. Wanita yang bertaqwa adalah selalu melaksanakan segala perintah Allah dan Rasul-Nya dan menjauhkan diri dari segala yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya. Menjadi solehah atau tidaknya seorang wanita yang bergantung ketaatannya pada perintah Allah, baik sebagai seorang anak, seorang isteri, anggota masyarakat, dll.
Jika wanita solehah ada di belakang para lelaki mukmin di dunia ini, maka kita akan melihat kebangkitan dunia Islam mampu untuk memimpin dunia, seperti baginda Rasul saw di belakang beliau terdapat wanita solehah ummul mukminin Khadijah Radhiyallahu anha.
Wanita adalah tiang Negara(Daulah)! Bayangkanlah, jika tiang bangunan itu rapuh, maka sudah pasti bangunannya akan roboh dan rata dengan tanah. Tidak akan ada lagi yang tersisa kecuali beberapa benda yang nilainya tidak seberapa.
Wanita solehah akan selalu berusaha melaksanakan syariat Islam dengan sepenuh kekuatan imannya. Dia akan mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub ilalloh) dengan memperbanyak ibadah baik yang wajib maupun yang sunnah, menghiasi dirinya dengan budi pekertinya yang luhur, bergaul dengan sesama manusia dengan muamalah yang sesuai syariat Islam, serta selalu memelihara diri agar tidak berbuat maksiat (perbuatan yang dilarang Allah dan Rasul-Nya).
Bagaimana SOLEHAH boleh menjadi SEBAIK-BAIK PERHIASAN? dan Apakah Ciri-ciri Wanita Solehah itu? Wahai sahabat sohibah sekalian, marilah sama-sama kita berfikir dan cuba jawab persoalan2 itu, dan Insya Allah.., akan ana sambung perbincangan kita, harap juga para pembaca dapat beri komen dan pandangan masing-masing(sangat dialu-alukan). Wallu'a'lam.
Friday, March 9, 2012
Friday, January 6, 2012
Pembina generasi
Syed Qutb Rahimahullah pernah menyebut:
“Islam menitikberatkan pembinaan pemuda dan pemudi kerana mereka akan menjadi generasi ayah dan ibu akan datang. Tetapi Islam lebih memperhatikan pemudi, kerana pemudilah pembina sebenar generasi akan datang. Sedangkan ayah baru menyusul kemudian. Mungkin ayah yang akan mendidik tapi ianya selepas peranan sang ibu.
Sebab itulah, Islam menyarankan terjaminnya belanja hidup seorang ibu, agar ia tidak perlu bekerja di luar rumah."
Kata-kata beliau ini...menunjukkan bahawa betapa besarnya peranan sebagai seorang wanita pada ummahnya. Marilah sama-sama kita renung kembali, adakah aku sedang melatih diri tuk menjadi wanita yang sebenar(pembina generasi al-Qur'an yang unik)? Ayuh kita gerak sama-sama!
Klik di sini
“Islam menitikberatkan pembinaan pemuda dan pemudi kerana mereka akan menjadi generasi ayah dan ibu akan datang. Tetapi Islam lebih memperhatikan pemudi, kerana pemudilah pembina sebenar generasi akan datang. Sedangkan ayah baru menyusul kemudian. Mungkin ayah yang akan mendidik tapi ianya selepas peranan sang ibu.
Sebab itulah, Islam menyarankan terjaminnya belanja hidup seorang ibu, agar ia tidak perlu bekerja di luar rumah."
Klik di sini
Tuesday, December 27, 2011
Umi..,Surat ini. Khas untuk Umi ..^_^..
Bismillahirrah manirrahim..
Ya Habibati Umi,
Umi, di dalam kalbuku tercari-cari cahaya,
Akhirnya kau temani sinar ceria diraut wajahmu,
Andai dalam fana' ini mampu berkata-kata,
Sudah tentu pujian buat dirimu,
Di waktu itulah aku insan yang bertuah,
Hanya ibu sepertimu,
Umi, sungguh, aku lemah mengharungi segala ranjau dunia,
Umi, kau bimbing aku untuk menuju cahaya Ilahi~,
Umi, aku ingin menjadi sepertimu yang berada
dalam ketenangan, menghadapi hidup yang mencabar ini,
Umi, aku bersyukur dapat menjadi anakmu,
ku harap kitakan terus bersama, hadapi suka dan duka,
Umi, maafkanlah daku jikaku melukaimu,
Moga ikatan kekeluargaan yang dibina kekal hingga ke Syurga...,
Umi, senyum tawamu telah menghiburkanku,
Memori indah kita bersama selama 16 tahun akan terus bersemadi.
KAU ADALAH IBU DUNIA & AKHIRAT
Semoga Allah memberkati hubungan kita yang mulia ini. Amiieeen.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















