Friday, May 18, 2012

Sebaik-baik Hiasan..., Wanita Solehah

 Mujahidah Fi Sabilillah
 Mujahidah Fi Sabilillah
                                                      

Wanita Solehah
Rasulullah SAW bersabda, “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”. (HR. Muslim). Wanita solehah adalah wanita yang bertaqwa, iaitu yang taat pada Allah dan Rasul-Nya. Wanita yang bertaqwa adalah selalu melaksanakan segala perintah Allah dan Rasul-Nya dan menjauhkan diri dari segala yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya. Menjadi solehah atau tidaknya seorang wanita yang bergantung ketaatannya pada perintah Allah, baik sebagai seorang anak, seorang isteri, anggota masyarakat, dll.

Jika wanita solehah ada di belakang para lelaki mukmin di dunia ini, maka kita akan melihat kebangkitan dunia Islam  mampu untuk memimpin dunia, seperti baginda Rasul saw di belakang beliau terdapat wanita solehah ummul mukminin Khadijah Radhiyallahu anha.

Wanita adalah tiang Negara(Daulah)! Bayangkanlah, jika tiang bangunan itu rapuh, maka sudah pasti bangunannya akan roboh dan rata dengan tanah. Tidak akan ada lagi yang tersisa kecuali beberapa benda yang nilainya tidak seberapa.

Wanita solehah akan selalu berusaha melaksanakan syariat Islam dengan sepenuh kekuatan imannya. Dia akan mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub ilalloh) dengan memperbanyak ibadah baik yang wajib maupun yang sunnah, menghiasi dirinya dengan budi pekertinya yang luhur, bergaul dengan sesama manusia dengan muamalah yang sesuai syariat Islam, serta selalu memelihara diri agar tidak berbuat maksiat (perbuatan yang dilarang Allah dan Rasul-Nya).

Bagaimana SOLEHAH boleh menjadi SEBAIK-BAIK PERHIASAN? dan Apakah Ciri-ciri Wanita Solehah itu? Wahai sahabat sohibah sekalian, marilah sama-sama kita berfikir dan cuba jawab persoalan2 itu, dan Insya Allah.., akan ana sambung perbincangan kita, harap juga para pembaca dapat beri komen dan pandangan masing-masing(sangat dialu-alukan). Wallu'a'lam.



4 comments:

  1. wanita tinggi martabatnya dalam islam..penting peranannya dalam pembentukan masyarakat...kerana itu nilai SOLHEAH sangat penting...
    ini yang murabbi smik serta seluruh tenaga pengajar islam sedang cuba lahirkan,...berperang dengan pemikiran perlu kreatif dan inovatif sama tekniknya dengan berperang menggunakan senjata... tahniah atas artikel di atas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillah kk Ustazah di atas komennya, btoltu. ana juga pernah banyak kali terbaca dan dengar, kurang pasti sama ada hadis atau kata2. Ia berbunyi begini;"Jika kita hendak mengetahui akan tamadun sesebuah masyarakat itu, maka lihatlah pada wanita2 mereka. Jika wanita2 mereka baik, maka baiklah masyarakat itu. Jika buruk, maka buruklah" Wallahu'a'lam

      Delete
  2. jangan lupa follow ustzh yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah.. ^_^ .., Ustazah follow jugalah pd blog ana lg satu.., baru buat. pejuangdeen.blogspot.com

      Delete