Thursday, November 29, 2012

Ibu dan Anak Palestin

Perjuangan Si Kecil...







Anak
: Ibu, bilakah mereka ingin berhenti?


Ibu : Bersabarlah anakku. Allah pasti membantu kita.

Anak : Ibu, kenapa kita yang jadi mangsa?

Ibu : Bersabarlah anakku. Allah sedang menguji kita.

Anak : Ibu, di manakah keluarga kita yang lain?

Ibu : Keluarga kita sedang menuju ke suatu tempat yang sangat indah, anakku.

Anak : Bolehkah kita juga ke sana, ibu?

Ibu : InsyaAllah anakku. Tapi hanya ibu yang akan pergi. Kau tinggal di sini, bersekolah, belajar di sini. Kerana pemergian kita ke sana takkan dapat lagi kembali ke sini.

Anak : Kenapa hanya ibu yang pergi? Kenapa aku tidak boleh mengikutmu? Kenapa kita tidak boleh kembali ke sini?

Ibu : Kerana Allah menghendaki kau di sini, anakku. Kau tinggal sini, pertahankan negara kita, pertahankan Masjidil Aqsa, pertahankan agama Islam kita. Ibu akan pergi kerana ibu sudah tidak kuat. Tugas kau pertahankan secebis kebebasan kita. Ingat, anakku.

Anak : Ibu, akan kuturuti permintaanmu. Ibu, masih bolehkah aku memakai pakaian yang cantik-cantik? Masih bisakah wajah ini kembali berseri? Sesungguhnya, ibu... Aku mahu hidup bebas, mahu ke sekolah, mahu bergembira.. Aku rindukan saat-saat dahulu, ibu.

Ibu : Tentu sekali anakku. Suatu detik nanti, negara kita akan bebas. Kau akan bisa ke sekolah, belajar, bermain. Suatu detik nanti, anakku. Pasti akan datang nanti, waktu itu. Saudara-saudara kita yang berada di luar negara sedang giat mencari cara membantu kita, anakku. Bersabarlah anakku. Allah menjanjikan kebahagiaan buat kita.

*tidak lama kemudian, sebutir bom dilemparkan pihak Israel ke arah ibu. Ibu menyuruh anaknya lari menyelamatkan diri. Anaknya enggan, tapi dia akur setelah ibunya berkata*

Ibu : Lari, anakku! Ibu akan berangkat ke tempat di mana keluarga kita pergi. Lari, anakku. Selamatkan dirimu. Ingatlah bahawa aku amat menyayangimu.

*anak lihat dengan mata kepalanya sendiri ibunya berkecai seluruh badan, tapi suatu perkara yang buat dia terus berlari, ialah senyuman ibunya, kerana dia tahu ibunya telah bersama keluarganya yang lain. Dia berlari sambil membawa sebuah janji, janji perjuangan, demi sebuah kemerdekaan.*

//Adakah anda hanya baca, dan membiarkan sahaja tanpa menekan butang 'share' untuk dikongsi bersama? Atau anda berasa kasihan, tetapi tidak mengambil inisiatif menyebarkannya? Atau hanya baca dan terus scroll down setelah usai? Marilah sama-sama kita pejam mata sebentar, dan bisikkan dalam hati kita, "Ya Allah, selamatkan mereka."



Pray for GAZA 


*Pray for GAZA , InsyaAllah , they will be fine :') ♥ !
-copy & paste

1 comment:

  1. aku adalah seorang ibu...ibu di bumi malaysia yg bertuah ini...air mata ini tidak berhenti mengalir meratapi kesengsaraan saudara seislam kita di sana..hanya doa mampu dikirim utk mereka..dan jauh di sudut hati, bersyukur dgn keamanan yg kita kecapi di negara sendiri....tolonglah...jgn ada sesiapapun yg terfikir utk menggugat keamanan yg kita ada....

    ReplyDelete