Wednesday, December 26, 2012

Pesanan Rasulullah Terhadap Wanita



Dunia ini ialah perhiasan & sebaik-baik perhiasan ialah wanita(isteri) solehah. (Riwayat Muslim)

......................

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina(pelacur), dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

.......................

Dikahwini wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.



......................

Wanita apabila dia solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan, serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki. (Riwayat Ahmad Ibn Hibban, Thabrani, Anas b Malik)

........................

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap-gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat dari Tarmizi)

......................

Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima solatnya, sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya(meminta maaf). (Riwayat dari Hasan)

.....................

Wanita yang taat pada suami, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat pada suamainya dan diredainya(serta menjaga solat & puasanya). 

..........................

Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasulullah SAW, Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari kebakaran api neraka. 

.......................

Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminy di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.


......................

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari nerakan dan selamatlah dia melintasi siratul mustaqim.

...................

Mana-mana wanita yang berkata pada suaminya, "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebaikan pun", maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa siang hari & beribadah pada malam hari.

...............................

Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

.......................

Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang berjihad pada jalan Allah(perang sabilillah).

.....................

Apabila wanita melahirkan anak, keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

-Dipetik dari EKSPO MATRI 2000





Tuesday, December 25, 2012

Wasiat Saidina Ali R.A

Assalamualaikum wrth, kata-kata pada kali ini yang ingin saya kongsikan ialah Wasiat daripada Kekasih Allah ini..., Wasiat Saidina Ali ra kepada anak-anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya : 

" Anakku...,dengarlah baik-baik empat perkara yang hendak ayah katakan.

1) Kekayaan yang paling tinggi nilainya ialah akal fikiran.
2) Kemeleratan yang paling berat ialah ialah kebodohan.
3) Kesepian yang paling menakutkan ialah bangga diri.
4) Keturunan yang paling mulia ialah budi pekerti. "

-dipetik dari buku teks Pendidikan Quran dan Sunnah (SPM)-

Wednesday, December 19, 2012

..*_*.. Mohon Kekal Peroleh Taufiq

"Ya Allah,aku mohon kepada-Mu teguh dalam segala urusan dan ketetapan dalam hati di atas Petunjuk-Mu. Kami mohon kepada-Mu hati yang bersih dan lidah yang jujur. Kami mohon kepada-Mu kebajikan yang Engkau ketahui. Kami berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang Engkau ketahui dan kami mohon ampun kepada-Mu terhadap apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui hal-hal yang Ghaib.

(Hadith Riwayat Muslim)

Sunday, December 9, 2012

Antara Faktor Muslim Itu Lemah





Assalamualaikum wrth, insya Allah, pada kali ini, saya ingin kongsikan pada semua, khususnya saudara seislam tercinta. cuba kita lihat pada diri kita; "Adakah semakin hari, semakin meningkat tahap keimanan ku?". Cuba kita renung kembali pada diri masing-masing, termasuk diri saya sendiri. Tambahan pula, saya baru sahaja selesai menghadapi SPM. Masa yang terluang terlalu banyak hinggakan aku alpa & lalai. Oleh hal itu, aku membaca kitab-kitab tarbawi serta melayari blog-blog tarbawi bagi mengubati penyakit hati yang terdapat dalam diriku. Ini adalah sebahagian kecil yang dapat saya kongsikan bersama anda. 


1) Tenggelam dalam pelbagai kemewahan dan kenikmatan, suka berhiburan dan keseronokan. Sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud; “Dan jika kami hendak membinasakan negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu. Maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya ketentuan kami dan kemudian kami hancurkan negeri itu sehancurhancurnya”. (al Isra’:16)

2)  Peralihan kuasa. Kebanyakan mereka(pemimpin2) ini tidak pernah merasa kemanisan Islam yang sebenar. Hati-hati mereka tidak dapat disinari oleh cahaya al Quran disebabkan kesukaran memahami maksud-maksudnya. Sedangkan mereka telah membaca firman Allah, maksudnya, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaan mu orang- orang yang di luar kalangan mu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagi mu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepada mu ayat-ayat (Kami) jika kamu mahu memahaminya”. (Al Imran :118)

3) Mengabaikan ilmu-ilmu teknologi dan sains sebaliknya menghabiskan masa dengan teori falsafah dan ilmu-ilmu khayal yang mandul. Sedangkan Islam mengesa mereka supaya mengkaji, menyelidik segala rahsia-rahsia kejadian, meneroka di muka bumi dan berfikir tentang makhluk Allah sebagaimana firman Allah, maksudnya; “Katakanlah, perhatikanlah apa yang ada di langit dan bumi”. (Yunus:101). masyarakat lain sehingga mereka ketinggalan dalam persiapan dan persediaan yang mana akhirnya mereka telah di cakup sekali gus. Al Quran telah memerintahkan mereka supaya sentiasa berwaspada dan jangan lalai. Ia mensifatkan orang-orang yang lalai dan cuai tak ubah seperti binatang bahkan lebih sesat dari itu. Firman Allah, maksudnya; “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak di pergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak di pergunakannnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat- ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang- orang yang lalai” (al-A’raf:179).



Tiga point penting yang saya kongsikan ini adalah berkaitan rapat dengan diri ini. Ya Allah.., ampunilah dosa-dosa hamba. Aku terlalu banyak maksiat pada Engkau. Aku mohon, Engkau peliharalah hati ku agar semakin hari, hati dan 'amalan hamba semakin meningkat nilainya di sisi Engkau. 


Uhibbullah jiddan2!