Akan sentiasa wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh
Thursday, March 28, 2013
Monday, March 25, 2013
Jadilah Peribadi yang Bijaksana !
Bijaksana adalah jika kita meletakkan sesuatu pada tempat yang sesuai. Maksudnya, kita perlu mengetahui keadaan kita dan keadaan orang di sekitar, kemudian diri kita mampu mengambil sikap yang betul. Dalam bergaul, baik dalam keluarga ataupun masyarakat, kita perlu memahami karakter orang lain, sehingga dapat mengambil sikap yg betul. Biasanya, kesalahan dalam memahami orang lain akan menyebabkan kesalahan dalam menyikapinya. Inilah yang disebutkan dengan salah faham.
Ketika sesuatu telah terjadi, kita selalu menyalahkan orang lain ataupun faktor di luar diri kita. Padahal, sebenarnya yg terjadi adalah kita tidak dapat memahami orang lain, sehingga kita salah dalam bersikap ataupun bertutur. Akibatnya, orang lain berkata dan berbuat yg tidak baik terhadap kita.
Demikian juga, kita selalu memaksa orang lain utk memahami diri kita dengan cara pandangan kita. Sedangkan, setiap org mempunyai cara pandangan yg berbeza-beza. Di sinilah kita seharusnya mengedepankan husnuzh-zhan (berbaik sangka) dalam memandang orang lain. Kemampuan memahami orang lain ini akan byk membantu diri kita utk meletakkan diri pada keadaan yg betul. Kemampuan meletakkan sesuatu pd tempatnya inilah yg disebut sebagai bijaksana...
Jika kita termasuk mukmin yang bijaksana dalam berinteraksi dgn orang lain, maka hal itu akan membawa kpd kebahagiaan dan ketenteraman hati. Kita akan mendapatkan kesejukan jiwa dan saraf-saraf kita pun rileks. Jadi, sikap bijaksana ini akan membawa byk kebaikan, sebagaimana firman Allah swt :
Allah memberikan Hikmah kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikiran-nya.
-2:269-
Hal ini tentunya berbeza ketika kita memilih sikap semberono dan tergesa-gesa dalam menyikapi sesuatu. Semberono dan tergesa-gesa pastilah akan melahirkan kecemasan, kegelisahan dan kekalutan. Bahkan, terkadang menyebabkan hal yg fatal(kebinasaan) berlaku.
Hurmm...., cuba kita renungi kisah Ummu Sulim dengan Abu Thalhah ; -Bagaimana dia menerima lamaran Abu Thalhah? -Dan, bagaimana pula dia menyampaikan berita kematiaan anak kesayangan mereka kpd suaminya?
Renungkanlah....! Terutamanya, dia mampu mengambil sikap bijaksana dalam kematian anaknya. Dia menghadapi sesuatu dengan tenang, sama sekali tidak marah. Ummu Sulaim tidak bertindak melulu, melainkan setelah berfikir masak-masak dahulu bagaimana caranya dia harus bertindak.
Wahai sauradara-saudariku sekalian..!
Kini, kita sangat2 memerlukan teladan yang dapat berinteraksi dengan bijaksana. Bayangkan, jika dalam sebuah keluarga, kita mampu bersikap bijaksana dan selalu berjalan dgn baik, kita akan hidup dengan penuh kebahagiaan dan ketenteraman. Hubungan antara ahli keluarga pun akan berjalan dgn harmoni serta dipenuhi dgn cinta dan kasih-sayang.
Tetapi.., Sebaliknya, jika keluarga kita diisi oleh orang-orang yg suka marah, tidak mampu mengawal diri, tidak dapat berfikir jernih, suka mengumpat, dan bersikap kasar dalam berkata-kata, maka tidak akan terwujud keluarga yg harmoni.
Ingatlah wahai diri..! orang2 yg dikalahkan oleh hawa nafsu dan amarah, sehingga tidak mampu mengawal diri, maka mereka tidak akan mampu mewujudkan keluarga yg damai. Syaitan itu sentiasa meniupkan api permusuhan yg akan menghancurkan rumah-tangga.
Allah Azza Wa Jalla ada berfirman :
Maksudnya:"Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik(benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bg manusia."
-17:53-
Subhanallah..! Allah swt memberikan petunjuk kpd kita semua utk berkata yg baik dalam keadaan apa sekalipun. Di sini, kita seharusnya melatih dlm mengendalikan diri, sehingga tidak mengucapkan lagi perkataan yg tidak sepatutnya.
Akhir kata..., Ingatlah semua..termasuk diri saya sendiri. Syaitan itu adalah musuh yg nyata bagi umat manusia. Syaitan selalu mencari kesalahan dalam berkata-kata. Syaitan mengadakan permusuhan dan kebencian antara sesama manusia. Syaitan selalu mencari celah dari kata-kata yg baik utk dapat digelincirkan! Berhati-hati kita yea!! Sama2 kita doa, agar kita semua termasuk dalam golongan manusia yg bijaksana. #jgn lupa, memperbykkan istighfar dan baca isti'azah!
Rujukan;
-Saudariku, Jagalah Allah, Nescaya Allah Akan Menjagamu(Abdul Hamid b Abbdurrohman As-Sahibany)
-http://quran.com
Sunday, March 10, 2013
Pendidikan Anak-anak Secara Islami
Dari Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap anak dilahirkan
dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi".
-Sahih Muslim-
"Salah satu, tapak asas yang terpenting dalam tarbiyah anak-anak ialah penanaman tauhid. Ia menjadi pasak yang penting dalam menyuburkan kecintaan mereka terhadap Rabb Pencipta mereka..."
"Salah satu, tapak asas yang terpenting dalam tarbiyah anak-anak ialah penanaman tauhid. Ia menjadi pasak yang penting dalam menyuburkan kecintaan mereka terhadap Rabb Pencipta mereka..."
-dipetik dari blog brohamzah-
Ya Allah.., Besarnya tanggungjawab untuk membentuk serta mentarbiah anak2 kita ini. Ana rasa sungguh takut dan bertanggungjawab. Kadang-kadang..., selalu diri ini terfikir sendirian...bagaimana caranya aku hendak mendidik anak2 aku nanti dgn cara Rasulullah dan para sahabat..? Mendidik anak2 agar mrk menjadi Jiilul Quranul Farid.
Urm..., Tetiba, diri ini dipanggil tuk sertai Seminar Pendidikan Anak-anak 2013 Siri 1 di Masjid Putra siang tadi. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
banyak yg ana dapat di sana..., Bahkan, jawapan pd soalan2 ana juga byk yg sudah terjawab..^_^ Hurm... ana harap, ana dpt ikuti lg siri2 susulan dlm mendidik anak2 ini.
Moga aku menjadi Ibu Murabbiyah yg mithali
-Persediaan Berumah tangga-
Wednesday, December 26, 2012
Pesanan Rasulullah Terhadap Wanita
Dunia ini ialah perhiasan & sebaik-baik perhiasan ialah wanita(isteri) solehah. (Riwayat Muslim)
......................
Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina(pelacur), dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
.......................
Dikahwini wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
......................
Wanita apabila dia solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan, serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki. (Riwayat Ahmad Ibn Hibban, Thabrani, Anas b Malik)
........................
Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap-gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat dari Tarmizi)
......................
Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima solatnya, sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya(meminta maaf). (Riwayat dari Hasan)
.....................
Wanita yang taat pada suami, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat pada suamainya dan diredainya(serta menjaga solat & puasanya).
..........................
Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasulullah SAW, Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari kebakaran api neraka.
.......................
Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminy di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.
......................
Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari nerakan dan selamatlah dia melintasi siratul mustaqim.
...................
Mana-mana wanita yang berkata pada suaminya, "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebaikan pun", maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa siang hari & beribadah pada malam hari.
...............................
Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
.......................
Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang berjihad pada jalan Allah(perang sabilillah).
.....................
Apabila wanita melahirkan anak, keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
-Dipetik dari EKSPO MATRI 2000
Tuesday, December 25, 2012
Wasiat Saidina Ali R.A
Assalamualaikum wrth, kata-kata pada kali ini yang ingin saya kongsikan ialah Wasiat daripada Kekasih Allah ini..., Wasiat Saidina Ali ra kepada anak-anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya :
" Anakku...,dengarlah baik-baik empat perkara yang hendak ayah katakan.
1) Kekayaan yang paling tinggi nilainya ialah akal fikiran.
2) Kemeleratan yang paling berat ialah ialah kebodohan.
3) Kesepian yang paling menakutkan ialah bangga diri.
4) Keturunan yang paling mulia ialah budi pekerti. "
-dipetik dari buku teks Pendidikan Quran dan Sunnah (SPM)-
" Anakku...,dengarlah baik-baik empat perkara yang hendak ayah katakan.
1) Kekayaan yang paling tinggi nilainya ialah akal fikiran.
2) Kemeleratan yang paling berat ialah ialah kebodohan.
3) Kesepian yang paling menakutkan ialah bangga diri.
4) Keturunan yang paling mulia ialah budi pekerti. "
-dipetik dari buku teks Pendidikan Quran dan Sunnah (SPM)-
Location:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Wednesday, December 19, 2012
..*_*.. Mohon Kekal Peroleh Taufiq
(Hadith Riwayat Muslim)
Subscribe to:
Posts (Atom)



.png)





