Saturday, September 14, 2013

Mengejar Sempurna

Alam kaku
Bagai diwarnakan
Putih hitam kelabu
Hingga tiba
Terbitnya mentari
Yang dihias pelangi
Melengkapi sebuah perjalanan
Kau dan aku bersamanya
Seiringan...

Berlari ke impian
Terbang ke puncak awan
Andai jatuh tersimpuh
Lantas kau hulur tangan
Bersama kita bangun teruskan kehidupan

Mengejarkan sempurna
Hingga capai angkasa
Namun kan hilang makna
Andainya kau tiada
Walau derasnya masa
Segalanya.
Takkan berubah...

Zahirnya ketetapan
Pasti akan ada pasang, pasti akan ada surutnya
Kala kita teruji, disitulah letaknya erti
Erti sebuah kesetiaan

Berlari ke impian
Terbang ke puncak awan
Andai jatuh tersimpuh
Lantas kau hulur tangan
Bersama kita bangun teruskan kehidupan

Mengejarkan sempurna
Hingga capai angkasa
Namun kan hilang makna
Andainya kau tiada
Walau derasnya masa
Segalanya.
Takkan berubah...

Friday, September 13, 2013

Pendamping Syurga...

Wahai pendamping syurga, 

Aku yakin di belahan bumi sana engkau sedang berjuang meningkatkan keilmuanmu, memperluas wawasanmu dan menyibukkan diri dengan berbagai aktiviti syurgawi yang membuat Allah semakin mencintaimu. 

Semoga Allah sentiasa menolongmu dalam setiap kesulitan, dan memberkati setiap usahamu. Allah adalah cinta sejatimu yang tak kan pernah tergantikan dengan yang lain. Semoga Allah selalu menjagamu. 

Wahai pendamping syurgaku, yang akan menjadi imam dalam keluargaku, ayah untuk anak-anakku, aku pun di sini sedang mengupayakan hal yang sama. Melakukan hal yang terbaik sebagai persiapan untuk menyambutmu. 

Kadang aku lelah dan merasa jenuh dengan penantian ini. Tapi aku sedar, dalam penantian panjang ini adalah kesempatan yang diberikan Allah agar kita benar-benar mempersiapkan diri dengan limpahan ilmu dan kekuatan iman ketika mengarungi bahtera rumah tangga nanti. Sehingga kita dapat membawa cinta itu hingga ia kekal sampai syurga. Bersabarlah, karena Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

http://www.dakwatuna.com/2012/06/21386/calon-pendamping-surga/

Sunday, August 4, 2013

مسلسل كارتون شيخ المجاهدين احمد ياسين الحلقة

الحلقة 1


الحلقة 2


الحلقة 3


الحلقة 4


الحلقة 5


الحلقة 6


الحلقة 7


الحلقة 8


الحلقة 9


الحلقة 10


الحلقة 11


الحلقة 12


الحلقة 13


الحلقة 14


الحلقة 15


الحلقة 16


الحلقة 17


الحلقة 18


الحلقة 19


الحلقة 20


الحلقة 21


الحلقة 22


الحلقة 23


الحلقة 24


الحلقة 25



Saturday, May 25, 2013

SeBeNtuK HaTi UnTuK-Mu

sebentuk hati untukmu...
dililit tali iman, 
diikat kemas agar permata itu x jatuh ke dalam lembah maksiat, 
dicemari karat2 jahiliyyah,


UNTUKMU SAHABAT...
ku mencintaimu bukan kerana kecantiknmu,
kerana kecantikanmu itu x kekal...


ku mencintaimu bukan kerana kekayaanmu,
kerana hartamu akan habis binasa...


ku mencintaimu bukan kerana kebaiknmu,

kerana kebaiknmu akan diuji ujian-Nya...

kerana ku x mahu mengambil kesempatan
terhadap kecantiknmu,
kekayaanmu,
kebaikanmu..
kerana,jika ikatan iman itu longgar @ trbuka,



pasti, ku mengambil jalan pintas menuju ke lembah kehinaan itu..
tapi ku x mahu semua itu..
dan ku x sanggup berbalah denganmu di akhirat sana..



"Pada hari itu, sahabat2 karib saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa."   (Az-Zukhruf : 67)


cinta berlandaskan iman & taqwa,
ibarat hati yang dililit tali iman,



ku mencintaimu...
kerana DIKAU ADALAH SAUDARAKU, DAN AKU ADALAH SAUDARAMU..
itu adalah amanah Allah kepadaku.. 


"innamal mu'minuna ikhwah.."

itulah cinta fillah...uhibbuki lillahi ta'ala..
sambutlah amanah Allah..
sambutlah permata hati itu..
yang dililit tali iman...



- Bintu Al-Mustofa <3 -

Saturday, May 18, 2013

Wanita HEBAT ^_^





Wanita hebat itu...
Mampu membalut luka hati dengan SABAR
Mampu meredam amarah dengan ISTIGHFAR
Mampu menghapus dendam dengan MAAF

Friday, May 10, 2013

Perancangan Allah adalah Terbaik


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Untuk Diriku + Dirimu = Kita Semua

Sahabat2, semua daripada kita pernah merancang kn? dari sekecil-kecil perancangan sehinggalah sebesar-besar perancangan.

Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini,
Kita merancang apa akan kita lakukan esok,
Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,
Kita merancang akan bergraduasi beberapa tahun akan datang,
Sehinggalah kita merancang apa akan berlaku 10 tahun akan datang,
Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang?

Ketahuilah,
Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.


Yang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan ape yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap rahmat daripadaNya.

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)

Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi!

Walaupun perkara pahit menimpa, walaupun perkara menyakitkan menjenguk, walaupun perkara sedih datang menyapa. Walau perkara buruk berlaku. Percayalah, akan ada manis di akhirnya.

Kadangkala, Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah beri kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah.

Reda dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua.

Di dalam setiap perancangan itu, sertakanlah dengan doa pada Allah. Reda lah apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang dirancang. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat!


" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)


Saturday, April 6, 2013

Ibu Yang Baik, Akan Melahirkan Masyarakat yang Baik

 > الام مدرسة اذا اعددتها اعددت شعبا الاعراق الام روض ان تعقدة الحيا بالري اورق ايما ايراق <


Al-Ummah (UMMAH) berasal daripada kalimah Al-Umm (IBU) ♥

Al-Umm yang solehah akan menghasilkan Al-Ummah(masyarakat) yang soleh dan solehah,

Sebaliknya, Al-Umm yang tidak solehah akan menghasilkan Al-Ummah yang tidak soleh juga.

Runtuhnya institusi Keibuan, maka Runtuhlah Al-Ummah itu.

Ayuh persiapkan diri menjadi Al-Umm yang solehah wahai bakal2 Al-Umm sekalian !