Tuesday, December 27, 2011

Bergelar Mu'min, Pasti diuji



Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah..
  Seharusnya,inilah ucapan pertama yang harus dizahirkan oleh lidah dan diimani oleh hati tatkala diri dilanda ujian.Menunjukkan rasa syukur pada Allah.
Syukur ditimpa musibah?Mana mungkin.
   Tetapi bagi orang yang benar-benar MEYAKINI bahawa setiap apa yang terjadi padanya adalah aturan Allah dan pasti YANG TERBAIK buatnya harus merasakan syukur.Kerana setiap yang berlaku adalah rahmat daripada Allah.Dan kita juga tidak perlu mencari hikmah disebalik setiap kejadian apabila kita yakin bahawa Allah tahu apa yang terbaik buat kita.Hakikatnya kita ini hidup di dunia sentiasa mendambakan rahmat Allah.
   Kita sudah banyak beramal,sering bertaqarub pada Allah tetapi Allah uji dengan masalah yang bertimpa-timpa.Kadang-kadang kita sudah berusaha sehabis mungkin di dalam pelajaran,tetapi Allah gagalkan kita didalam peperiksaan.Kita sentiasa melayan tetamu,bersedekah tetapi Allah uji kita dengan kesempitan hidup.Kalau diikut akal  manusia yang sangat lemah,seakan-akan Allah tidak adil dalam menghukum dan memberi ganjaran.(nauzubillah)
  Tetapi Allah itu Maha Penyayang,Maha Pengasih.Hanya Dia sahajalah yang tahu apa yang baik buat hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita.Sedang diri kita sendiri tidak benar-benar kenal akan diri sendiri.Pengetahuan Allah tidak sama dengan pengetahuan manusia.Telefon yang dicipta oleh Alexander Graham Bell,boleh sahaja diketahui ilmu penciptaanya oleh manusia lain dengan kajian dan eksperimen.Tetapi penciptaan makhluk oleh Allah dan arifnya Allah terhadap ciptaanNya tidak sekali-kali mampu ditandingi makhluk lain.
   “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan “Kami sudah beriman.” sedang mereka tidak diuji?” Al-Ankabut :2
   Allah Maha Penyayang.Tidak akan diuji kita melainkan dengan kesanggupan kita kerana Diakan amat mengenali kita?Allah uji bukan tanda benci,bukan tanda marah.Mungkin sahaja Allah merindui rayuan-rayuan dari hati sanubari kita mengadu padaNya.Mungkin sahaja Allah ingin benar-benar mengetahui keikhlasan kita dalam mentaatiNya.Adakah kita akan melatah atau berpaling dariNya apabila dijentik sedikit?(Nauzubillah)
 Kembalilah pada Allah.Allah menanti rintihan darimu. 
Yakinlah dengan Allah!
Ingatlah dan yakinilah, Allah will give the best 4 us! insya Allah.

Persediaan Syabab! oleh Syeikh Ziyad

1) Persediaan Ilmu
    -katanya, syabab perlu belajar bersungguh-sungguh serta menguasai ilmu.

2)  Tarbiyyah
     -katanya, syabab harus melalui proses tarbiyyah di dalam jalan ini,
      agar dapat melahirkan individu yang akan berjihad dengan
      sukarela tanpa dipaksa.

Umi..,Surat ini. Khas untuk Umi ..^_^..

Bismillahirrah manirrahim..
Ya Habibati Umi,

Umi, di dalam kalbuku tercari-cari cahaya,
Akhirnya kau temani sinar ceria diraut wajahmu,
Andai dalam fana' ini mampu berkata-kata, 
Sudah tentu pujian buat dirimu,

Di waktu itulah aku insan yang bertuah,
Hanya ibu sepertimu,




Umi, sungguh, aku lemah mengharungi segala ranjau dunia,
Umi, kau bimbing aku untuk menuju cahaya Ilahi~,
Umi, aku ingin menjadi sepertimu yang berada 
dalam ketenangan, menghadapi hidup yang mencabar ini,


Umi, aku bersyukur dapat menjadi anakmu, 
ku harap kitakan terus bersama, hadapi suka dan duka,
Umi, maafkanlah daku jikaku melukaimu,

Moga ikatan kekeluargaan yang dibina kekal hingga ke Syurga...,

Umi, senyum tawamu telah menghiburkanku,
Memori indah kita bersama selama 16 tahun akan terus bersemadi.

KAU ADALAH IBU DUNIA & AKHIRAT

Semoga Allah memberkati hubungan kita yang mulia ini. Amiieeen. 

Monday, December 26, 2011

Wahai Sahabatku, Dengarlah Rintihan Hatiku....,


Sahabatku.….
Bangunlah  !!
Agar Islam kan tegak semula seperti dahulu…
Dengan mengakui الله sebagai اله mu.

Wahai Sahabat
yangku kasihi,
Jikalau kalian benar mengakui,
ان شاء الله
Umat islam takkan menjadi
sepertimana umat,
sekarang ini

Wahai Sahabatku…..

Marilah merasai
pengorbanan رسول الله saw..
Sanggup Baginda lakukan,
apa saja  untuk umatnya,
Gigi Baginda pecah,
berdarah, dibaling anak-anak Taif,
Kelaparan dan kesunyian,
Dipulau umat-umat Mekah,
Kerna istiqamah,
Membawa risalah untuk umatnya…

Teramat sangat  mencintai kita…
Sehingga akhir hayatnya...

Dari kedua bibirnya yang agung,
Kekasih Allah ini mengucapkan

امتى...امتى...امتى... ,

Sayangnya,
Kasihnya Rasulullah pada kita,
Kehangatannya terus dirasai,
Namun  kita ?
Apakah tidak, menyayangi Baginda ??

Ya, Ingat !!
Ya, sayang !!

tapi kenapa dalam hidupmu,
kenapa menjauhi sunnahnya?

Sedar,
bangunlah sahabatku…
Kita  berada
dalam keadaan yang amat keji…
Sering lupa,
Sering lalai…..
Dengan noda-noda hitam
yang masih utuh di dada-dada kita...

Sunday, December 25, 2011

Semoga kami termasuk dalam golongan ini


Rasulullah saw telah bersabda :
لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي 
عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ 
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ 
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ 
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ 
وَهُمْ كَذَلِكَ 
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ 
وَأَيْنَ هُمْ 
قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ 




Maksudnya : 
Akan sentiasa  wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah (kemenangan). Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”





Saturday, December 24, 2011

Siapakah Daku?


Di kala langit bermega merah,
Di mana azan dilaungkan…,
16 Febuari bersamaan,
17 Ramadhan, hari yang mulia,
Rianglah si ibu dan si ayah,


Kerana mereka dikurnia seorang cahaya mata,
Yg ingin di jadikan srikandi  islam!!


Setelah setahun lebih perkahwinan mereka berlangsung pada 2 Syawal….
Maka lahirlah anak pertama mereka pd
bulan Kerahmatan, Kemuliaan,dan Keampunan,
Yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang…
Dididik dengan tarbiyyah islamiyyah yang sebenarnya,
Yang suka membakar semangat juang kepada hamba,
Bercita tuk mati di sana..
Tanah Palestine..