Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Seharusnya,inilah ucapan pertama yang harus dizahirkan oleh lidah dan diimani oleh hati tatkala diri dilanda ujian.Menunjukkan rasa syukur pada Allah.
Syukur ditimpa musibah?Mana mungkin.
Tetapi bagi orang yang benar-benar MEYAKINI bahawa setiap apa yang terjadi padanya adalah aturan Allah dan pasti YANG TERBAIK buatnya harus merasakan syukur.Kerana setiap yang berlaku adalah rahmat daripada Allah.Dan kita juga tidak perlu mencari hikmah disebalik setiap kejadian apabila kita yakin bahawa Allah tahu apa yang terbaik buat kita.Hakikatnya kita ini hidup di dunia sentiasa mendambakan rahmat Allah.
Kita sudah banyak beramal,sering bertaqarub pada Allah tetapi Allah uji dengan masalah yang bertimpa-timpa.Kadang-kadang kita sudah berusaha sehabis mungkin di dalam pelajaran,tetapi Allah gagalkan kita didalam peperiksaan.Kita sentiasa melayan tetamu,bersedekah tetapi Allah uji kita dengan kesempitan hidup.Kalau diikut akal manusia yang sangat lemah,seakan-akan Allah tidak adil dalam menghukum dan memberi ganjaran.(nauzubillah)
Tetapi Allah itu Maha Penyayang,Maha Pengasih.Hanya Dia sahajalah yang tahu apa yang baik buat hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita.Sedang diri kita sendiri tidak benar-benar kenal akan diri sendiri.Pengetahuan Allah tidak sama dengan pengetahuan manusia.Telefon yang dicipta oleh Alexander Graham Bell,boleh sahaja diketahui ilmu penciptaanya oleh manusia lain dengan kajian dan eksperimen.Tetapi penciptaan makhluk oleh Allah dan arifnya Allah terhadap ciptaanNya tidak sekali-kali mampu ditandingi makhluk lain.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan “Kami sudah beriman.” sedang mereka tidak diuji?” Al-Ankabut :2
Allah Maha Penyayang.Tidak akan diuji kita melainkan dengan kesanggupan kita kerana Diakan amat mengenali kita?Allah uji bukan tanda benci,bukan tanda marah.Mungkin sahaja Allah merindui rayuan-rayuan dari hati sanubari kita mengadu padaNya.Mungkin sahaja Allah ingin benar-benar mengetahui keikhlasan kita dalam mentaatiNya.Adakah kita akan melatah atau berpaling dariNya apabila dijentik sedikit?(Nauzubillah)
Kembalilah pada Allah.Allah menanti rintihan darimu.
Yakinlah dengan Allah!
Ingatlah dan yakinilah, Allah will give the best 4 us! insya Allah.
No comments:
Post a Comment