Sunday, June 26, 2016

BeRsAMa DiRi Mu







Memandang wajahmu cerahMembuatku tersenyum senangIndah duniaTentu saja kita pernah mengalami perbezaanKita laluiTapi aku merasaJatuh terlalu dalam cintamuKu tak akan berubahKu tak ingin kau pergi selamanya
Ku kan setia menjagamuBersama dirimu dirimuSampai nanti akan selaluBersama dirimu


Saat bersamamu kasihKu merasa bahagia dalam pelukmuTapi aku merasa jatuh terlalu dalam cintamuKu tak akan berubahKu tak ingin kau pergi s'lamanya
Seperti yang kau katakanKau akan selalu adaMenjaga memeluk diriku dengan cintamuDengan cintamu
Saat bersamamu kasihKu merasa bahagia dalam pelukmu

Wednesday, June 1, 2016

Ajarkan ku Erti sEtiA



Adakala aku tertanya
Tercari-cari bukti cinta
Yang ku kata untuk-Mu saja
Tapi goyah bila tergoda

Selalu janji ku mungkiri
Cintaku bagai tiada erti
Sedang cintaku bukan palsu
Ku yakin Engkau Maha Tahu

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk tetap setia

Walau ku sedarkan diriku
Takkan pernah kuat tanpa-Mu
Betapa Kau sangat ku perlu
Namun sering ku tinggalkan-Mu

Ketika segalanya indah
Ku lupa Kau selalu ada
Tapi bila resah menyinggah
Dan baru rinduku menjelma

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk kekal setia

Saat hatiku mula rapuh
Saat tangisku mula luruh
Ku rayu agar Kau takkan pernah menjauh

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk kekal setia

Saat hatiku mula rapuh
Saat tangisku mula luruh
Ku rayu agar Kau takkan pernah menjauh

Jangan Kau uji
Jangan Kau tinggal
Takkan ku mampu 
Hidup tanpa-Mu
Akan ku cuba
Akan ku terus setia

Friday, January 8, 2016

Allah Sentiasa Hampir

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(Al-Baqarah : 185)

Monday, November 24, 2014

IBU, UMMAH MERINDUI MU

Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan mu'rid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.

Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”
“Ya,” jawab anak itu singkat.
” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)
Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.

Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”
Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dengan surah-surah yang lebih panjang.
“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”
Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya,” jawabnya dengan jujur.
Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan,
“Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”
Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.
Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki.  Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”
Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,

“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,
“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”
Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.
Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & dicintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”
Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang-orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.
Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.
Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang kita tahu dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.


Semoga kisah ini dapat kita ambil pelajaran & jadikan teladan.

Wednesday, July 2, 2014

Mohon .... :'(

Ramadhan Kareem...!!
Moga semua dalam rahmat dan kasih-sayangNya sentiasa ^_^.

Jom kita banyakkan membaca doa ini



Di kesempatan di bulan berkah ini dan dengan kasihan drpd pembaca semua, ingin saya minta sedikit bantuan pada kalian. Akan tetapi, sebelum saya minta tolong, izinkan saya cerita secara ringkas mengenainya. 

Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang ibu yang solehah, muslehah, dan juga merupakan seorang Hafizatul Quran. Saya teramat bangga dengan beliau kerana banyak sangat pengorbanan yang telah disumbangkan kepada kami sekeluarga dan juga Ummah hari ini. Beliau juga merupakan seorang Mudirah (pengetua) di sebuah Maahad Tahfiz Al-Aqsa . Allah izin, pada bulan Mac ini, beliau telah dimasukkan ke Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur hampir sebulan lebih. Alhamdulillah, kini, beliau telah dikeluarkan drpd Hospital. Akan tetapi, kesihatannya masih lagi tidak stabil, dan Allah izin, sekarang, ibu ku ; Sharifah Nurulhuda binti Syed Ibrahim sedang menahan sakitnya yang teramatlah perit di seluruh tubuh beliau. 

Ditambah lagi, saya sebagai anak sulong kepada beliau dan tidak lama lagi , saya akan menghadapai peperiksaan besar iaitu Sijil Tinggi Islam Malaysia(STAM).

Oleh demikian, dengan prihatin dan kasih-sayang kalian, saya ingin minta tolong agar doakan utk ibu ku; Sharifah Nurulhuda cepat sembuh drpd penyakitnya itu dan saya dapat MUMTAZ dalam STAM pada tahun ini serta Allah membantu pengurusan di Maahad Tahfiz Al-Aqsa yang kini, kami sedang mencari dana utk membeli rumah sewa(iaitu tempat Tahfiz beroperasi dan sudah berdaftar di bawah JAIS) drpd dijual kepada orang lain. 




InsyAllah, pada 7/7 ini, saya ada exam syafawi STAM. Mohon doa drpd semua agar diri ini dipermudahkan segala urusan, dan lancar ber'syafawi' nanti. 


Maahad Tahfiz Al-Aqsa


Wallahu'a'lam. Ma'assalamah :)

Ramadhan Mubarak semua ^_-. 





Thursday, May 22, 2014

أخترت طريق الله :)





اخترت طريق الله انا اخترت طريق الله

اخترت طريق هدى وسنا اخترت طريق الله
فانطلقت روحى سابحة تجتاز الانجم والزمن

من بين مئات الاصوات صوت قد اشرق فى ذاتى
ادركت به سر حياتى ورضيت العمر له ثمنا

اخترت وما ابهى الدرب ممتدا منعطفا رحبا
سهلا حينا حينا صعبا افراحا طورا او محنا

فى ذكر احيا وقنوت ما بين دعاء وسكوت
وكتاب الله غدا قوتي يسقيني البشر كئوس هنا

النور حواني فشكرت والهم براني فصبرت
اخترت واعرف ما اخترت ان تاه الناس هنا وهنا

أخترت طريق الله :)