Saturday, January 28, 2012

Inilah Kemanisan Perjuangan

Assalamualaikum wrtbh sahabat dan sohibah sekalian..., dengan penuh rasa kasih dan cinta ana pada antum, ingin sekali ana berkongsi apa yang ana dapat daripada Kem PeWARIS-7 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Januari baru-baru ini(fokus pada perasaan).

Alhamdulillahirabil'alamin..., setinggi-tinggi rasa syukur kehadhrat Ilahuna kerana Maha Penyayang telah memilih aku dan sahabat/h tuk berada di sana. Kami dapat berwarna-warni ilmu Dakwah dan Tarbiyyah....di sana(Allahu Akbar!) , Sungguh hatiku ini tidak mampu untuk mentafsirkan bagaimana perasaan ini, rasa terlalu 'izzah, syukur, hina, faqir, takut. Perasaanku ini bercampur-baur..hampir setiap kali penyampaian oleh seseorang di hadapan, pipiku ini dibasahi oleh air mata yang hina hatta tidak mampu untuk berhenti. Bila ku fikir sejenak, kenapa aku tak boleh berhenti nangis atau terus menangis...? Jawapannya ialah :

1) Rasa terlalu 'izzah dan syukur dengan nikmat Dakwah dan Tarbiyyah yang ana peroleh di sana.
2) Rasa terlalu hina dan fakir, ana hanyalah seorang hamba dan amat memerlukan proses tarbiyyah ini untuk       meneruskan kehidupan ini. (tanpa Tarbiyyah, siapalah aku?)
3) Rasa terlalu takut...takut dengan pembolak-balikkan hati manusia ini, hati kita ini sentiasa berubah-ubah, sepertimana sabda Rasulullah saw " hati berbolak-balik seperti air yang sedang menggelegak",(bagaimana keadaan air ketika itu? perhatikanlah, dan berfikir sejenak), Takut jikalau hati ku ini tidak mampu untuk terus istiqomah dalam jalan Dakwah dan Tarbiyyah ini, takuuuuut sangat, kerana itulah aku tidak bisa berhenti akan tangisanku ini. Nikmat yang tidak akan ku lepaskan dan mesti disampaikan dan diwariskan kepada generasi kini dan akan datang, Insya Allah..! Semoga Allah tetapkan hati-hati ini sentiasa berada di atas jalan jihad fi sabilillah....!


Dengan kesempatan ini, marilah sama-sama kita mengingati semula akan kata-kata Al-Marhum Al-Fadhil Ustaz Dahlan " Kita berjaya, bukannya kerana bilangan ahli (pengikut) yang ramai dan kita gagal bukan kerana bilangan ahli (pengikut) yang sedikit. Yang dinilai oleh Allah SWT adalah kesabaran dan ketabahan kita dalam mengharungi semua cabaran dalam medan dan jalan ini."





" Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya,

  Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqomah,

  Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai yang tertarik padanya,

  Tapi, hakikat perjuangan, bukan begitu.

  Turun naiknya, Sakit pedihnya, Umpama kemanisan yang tidak terhingga.. "

-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna-


Tonton gambaran secara ringkas kehidupan PekerjaNya....(klik di sini)>First Breath After Coma


Kisah di atas menunjukkan bahawa...tugas ini adalah berat dan terlalu banyak kesusahan yang akan ditempuhinya, serta dalam jalan ini, akan ada yang terkeluar.


Inilah dia kehidupan pejuang di atas jalan Dakwah dan Tarbiyyah ini. Ia bukanlah sesuatu yang mudah, walaupun begitu..., turun naiknya...sakit pedihnya...merupakan kemanisan yang tidak terhingga bagi seorang pejuang deen-Nya, tidak pernah mengenal erti putus asa, berjuang dan terus berjuang, walaupun onak dan duri terus menjalar dalam hidupnya, dia tetap teguh di atas jalan ini, demi kecemerlangan dan kegemilangan islam yang bakal menjelma ! Takbiiir!  Allahu Akbar !

Friday, January 13, 2012

Wudhu' - ISLAM IS SO GREAT.....

Insya Allah, pada kali ini, ana ingin kongsi bersama para pembaca mengenai, Apakah kelebihan yang tersirat disebalik wudhu'? 

Begini ceritanya....

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhuk bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya.
Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Ulama Feqah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita.
Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat Al-Maidah :Ayat 6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma'a akhir qathr al-ma').
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih' dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Oleh itu, marilah sama-sama kita melakukan yang terbaik dalam Deen ini, insya Allah. Sempurnakanlah amalan fardhu kita..., Okey?

Friday, January 6, 2012

Pembina generasi

Syed Qutb Rahimahullah pernah menyebut: 


“Islam menitikberatkan pembinaan pemuda dan pemudi kerana mereka akan menjadi generasi ayah dan ibu akan datang. Tetapi Islam lebih memperhatikan pemudi, kerana pemudilah pembina sebenar generasi akan datang. Sedangkan ayah baru menyusul kemudian. Mungkin ayah yang akan mendidik tapi ianya selepas peranan sang ibu. 
Sebab itulah, Islam menyarankan terjaminnya belanja hidup seorang ibu, agar ia tidak perlu bekerja di luar rumah."

Kata-kata beliau ini...menunjukkan bahawa betapa besarnya peranan sebagai seorang wanita pada ummahnya. Marilah sama-sama kita renung kembali, adakah aku sedang melatih diri tuk menjadi wanita yang sebenar(pembina generasi al-Qur'an yang unik)? Ayuh kita gerak sama-sama!
Klik di sini

Tuesday, January 3, 2012

Jangan Menyoal Aku...

(klik di sini>La Tas'aluni...)

Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah.. ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
Aku telah menjualnya kepada Allah
Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk

Dan jalan hidupku adalah
Al-Qur’an, pedang, dan ibtila' (ujian)..
Allah telah berkahi
Dan para nabi terdahulu telah melaluinya
Para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya

Sedangkan hujung perjalananku adalah
Apa yang diredhai Allah dan apa yang diinginkanNya
Keuntungan dengan kemenangan yang nyata
Atau kesyahidan dan keabadian
Jika engkau telah berada di muka bumi
Dan engkau tahu umurmu terbatas
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
Jika tidak alangkah buruknya keberadaanmu.....

Sunday, January 1, 2012

Cinta-Mu pada hamba-Mu





Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:


Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.


Hadith riwayat Bukhari.......

Hati dan Al-Qur'an

      Assalamualaikum wrbth semua.., Insya Allah, pada kali ini, ana ingin mengajak diri ana, dan kawan-kawan sekalian untuk kita sama-sama menghayati dan memahami apa yang tersirat dan tersurat di dalam ayat ini. Insya Allah..apa yang ana lihat daripada ayat ini ialah ia menerangkan tentang jiwa dan al-Qur'an. Perkongsian ana pada kali ini, ana rujuk di dalam buku Fizilalil Qur'an karya Syed Qutb.

Jom kita tadabbur sama-sama!  

 Satu kenyataan yang menggoncangkan hati ketika al-Qur'an menerangkan kesan al-Qur'an pada batu yang keras lagi kuat apabila diturunkan ke atasnya. Sepertimana yang dinyatakan di dalam ayat ini:









21. "Dan sekiranya Kami turunkan al-Qur'an ini di atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu tunduk patuh dan pecah terbelah kerana takut kepada Allah. Itulah perumpamaan-perumpamaan yang kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."

     Gambaran ini menerangkan satu hakikat yang benar, kerana al-Qur'an ini mempunyai berat, kekuatan dan kesan unik yang menggoncangkan siapa sahaja yang menerima hakikatnya. Contoh yang dapat kita sama-sama lihat ialah Sayyidina Umar Al-Khattab juga telah mengalami kesan berat itu ketika beliau mendengar seorang membaca surah at-Tur, ayat 1-8:

1-8. "Demi bukit Thur, demi kitab yang ditulis pada lembaran yang terbuka, demi Baitul-Ma'mur, dan demi bumbung yang tinggi, dan demi laut yang meledakkan api. Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku, Tiada seorangpun yang dapat menolaknya."

     Ketika itu, beliau terpaksa bersandar di dinding-dinding, kemudian pulang menderita kesakitan sehingga beliau dilawati orang selama sebulan. Subhanallah...., betapa hebatnya kekuasan al-Qur'an terhadap jiwa manusia(yang meyakini akan hakikat Kalamullah).

     Pada detik-detik terbukanya hati manusia menerima sesuatu dari hakikat al-Qur'an, ia akan menggigil dan  gementar. Perubahan-perubahan akan berlaku di dalam hatinya samalah dengan perubahan-perubahan yang berlaku di alam benda, apabila jisim menerima kesan daya tarikan magnet ataupun arus alektrik, atau yang lain-lain.

    Allah yang menciptakan gunung-ganang dan menurunkan al-Qur'an telah berfirman; "Sekiranya Kami turunkan al-Qur'an ini di atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu tunduk patuh dan pecah terbelah kerana takut kepada Allah." Orang-orang yang telah mengalami sesuatu dari kesan sentuhan al-Qur'an di dalam hati mereka tetap merasakan kebenaran hakikat ini, iaitu satu perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan tepat melainkan oleh ayat al-Qur'an yang terang dan menarik ini.

    21. "Itulah perumpamaan-perumpamaan yang kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."

Dan memang wajar perumpamaan-perumpamaan itu menyedari hati menusia untuk meneliti dan berfikir.

Wallah hu'a'lam.