Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Wednesday, June 1, 2016

Ajarkan ku Erti sEtiA



Adakala aku tertanya
Tercari-cari bukti cinta
Yang ku kata untuk-Mu saja
Tapi goyah bila tergoda

Selalu janji ku mungkiri
Cintaku bagai tiada erti
Sedang cintaku bukan palsu
Ku yakin Engkau Maha Tahu

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk tetap setia

Walau ku sedarkan diriku
Takkan pernah kuat tanpa-Mu
Betapa Kau sangat ku perlu
Namun sering ku tinggalkan-Mu

Ketika segalanya indah
Ku lupa Kau selalu ada
Tapi bila resah menyinggah
Dan baru rinduku menjelma

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk kekal setia

Saat hatiku mula rapuh
Saat tangisku mula luruh
Ku rayu agar Kau takkan pernah menjauh

Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk kekal setia

Saat hatiku mula rapuh
Saat tangisku mula luruh
Ku rayu agar Kau takkan pernah menjauh

Jangan Kau uji
Jangan Kau tinggal
Takkan ku mampu 
Hidup tanpa-Mu
Akan ku cuba
Akan ku terus setia

Friday, January 8, 2016

Allah Sentiasa Hampir

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(Al-Baqarah : 185)

Wednesday, July 2, 2014

Mohon .... :'(

Ramadhan Kareem...!!
Moga semua dalam rahmat dan kasih-sayangNya sentiasa ^_^.

Jom kita banyakkan membaca doa ini



Di kesempatan di bulan berkah ini dan dengan kasihan drpd pembaca semua, ingin saya minta sedikit bantuan pada kalian. Akan tetapi, sebelum saya minta tolong, izinkan saya cerita secara ringkas mengenainya. 

Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang ibu yang solehah, muslehah, dan juga merupakan seorang Hafizatul Quran. Saya teramat bangga dengan beliau kerana banyak sangat pengorbanan yang telah disumbangkan kepada kami sekeluarga dan juga Ummah hari ini. Beliau juga merupakan seorang Mudirah (pengetua) di sebuah Maahad Tahfiz Al-Aqsa . Allah izin, pada bulan Mac ini, beliau telah dimasukkan ke Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur hampir sebulan lebih. Alhamdulillah, kini, beliau telah dikeluarkan drpd Hospital. Akan tetapi, kesihatannya masih lagi tidak stabil, dan Allah izin, sekarang, ibu ku ; Sharifah Nurulhuda binti Syed Ibrahim sedang menahan sakitnya yang teramatlah perit di seluruh tubuh beliau. 

Ditambah lagi, saya sebagai anak sulong kepada beliau dan tidak lama lagi , saya akan menghadapai peperiksaan besar iaitu Sijil Tinggi Islam Malaysia(STAM).

Oleh demikian, dengan prihatin dan kasih-sayang kalian, saya ingin minta tolong agar doakan utk ibu ku; Sharifah Nurulhuda cepat sembuh drpd penyakitnya itu dan saya dapat MUMTAZ dalam STAM pada tahun ini serta Allah membantu pengurusan di Maahad Tahfiz Al-Aqsa yang kini, kami sedang mencari dana utk membeli rumah sewa(iaitu tempat Tahfiz beroperasi dan sudah berdaftar di bawah JAIS) drpd dijual kepada orang lain. 




InsyAllah, pada 7/7 ini, saya ada exam syafawi STAM. Mohon doa drpd semua agar diri ini dipermudahkan segala urusan, dan lancar ber'syafawi' nanti. 


Maahad Tahfiz Al-Aqsa


Wallahu'a'lam. Ma'assalamah :)

Ramadhan Mubarak semua ^_-. 





Thursday, May 22, 2014

أخترت طريق الله :)





اخترت طريق الله انا اخترت طريق الله

اخترت طريق هدى وسنا اخترت طريق الله
فانطلقت روحى سابحة تجتاز الانجم والزمن

من بين مئات الاصوات صوت قد اشرق فى ذاتى
ادركت به سر حياتى ورضيت العمر له ثمنا

اخترت وما ابهى الدرب ممتدا منعطفا رحبا
سهلا حينا حينا صعبا افراحا طورا او محنا

فى ذكر احيا وقنوت ما بين دعاء وسكوت
وكتاب الله غدا قوتي يسقيني البشر كئوس هنا

النور حواني فشكرت والهم براني فصبرت
اخترت واعرف ما اخترت ان تاه الناس هنا وهنا

أخترت طريق الله :)

Tuesday, May 6, 2014

Jalan Menuju Taqwa

Taqwa itu :
                 - Sumber segala kebaikan dalam masyarakat
                 - Tiang Deen dalam pembinaan jiwa dan akhlak mulia
                 - Membezakan baik, buruk, bersabar dalam segala ujian.


Bagaimana Jalan-jalan menuju Taqwa

1) Mu'ahadah : Mengingati perjanjian / Menepati janji
                                                    (Surah An-Nahl:29)

Cara Mu'ahadah : 1) Berkhalwat dengan Allah SWT
                            2) Janganlah langgar perjanjian Allah SWT
                            3) Sentiasa mu'ahadah

2) Muraqabah : Merasakan kehadiran dan keagungan Allah SWT di setiap masa dan keadaan.
                        *Sebelum muraqabah, periksa diri dahulu (dengan ikhlas)

Bentuk-bentuk muraqabah : 1) Muraqabah dalam melaksana dengan ikhlas
                                           2) Muraqabah dalam maksiat dengan taubat
                                           3) Muraqabah dalam yang harus dengan bersyukur
                                           4) Muraqabah dalam musibah dengan redho dan  sabar

3) Muhasabah : Check diri kita / menghisab diri kita.....



***Catatan aku ketika di Tingkatan Satu, SMIK :)

Rebutlah ~_^





Rebutlah masa menunggu dengan membaca Al-Quran dan mengingati Allah ^_-.





Tuesday, October 22, 2013

Cinta itu Fitrah

"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. 

Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. 

Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..

"kami tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami selepas akad nikah" -blog kunfayakun

"Aku menyintaimu kerana DEEN yang ada padamu, jika kau hilangkan deen dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]

Friday, May 10, 2013

Perancangan Allah adalah Terbaik


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Untuk Diriku + Dirimu = Kita Semua

Sahabat2, semua daripada kita pernah merancang kn? dari sekecil-kecil perancangan sehinggalah sebesar-besar perancangan.

Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini,
Kita merancang apa akan kita lakukan esok,
Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,
Kita merancang akan bergraduasi beberapa tahun akan datang,
Sehinggalah kita merancang apa akan berlaku 10 tahun akan datang,
Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang?

Ketahuilah,
Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.


Yang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan ape yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap rahmat daripadaNya.

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)

Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi!

Walaupun perkara pahit menimpa, walaupun perkara menyakitkan menjenguk, walaupun perkara sedih datang menyapa. Walau perkara buruk berlaku. Percayalah, akan ada manis di akhirnya.

Kadangkala, Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah beri kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah.

Reda dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua.

Di dalam setiap perancangan itu, sertakanlah dengan doa pada Allah. Reda lah apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang dirancang. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat!


" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)


Sunday, March 10, 2013

Pendidikan Anak-anak Secara Islami


Dari Abu Hurairah r.a katanya: 

Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Setiap anak dilahirkan 
dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi".
-Sahih Muslim-

"Salah satu, tapak asas yang terpenting dalam tarbiyah anak-anak ialah penanaman tauhid. Ia menjadi pasak yang penting dalam menyuburkan kecintaan mereka terhadap Rabb Pencipta mereka..."  
-dipetik dari blog brohamzah-

Ya Allah.., Besarnya tanggungjawab untuk membentuk serta mentarbiah anak2 kita ini. Ana rasa sungguh takut dan bertanggungjawab. Kadang-kadang..., selalu diri ini terfikir sendirian...bagaimana caranya aku hendak mendidik anak2 aku nanti dgn cara Rasulullah dan para sahabat..? Mendidik anak2 agar mrk menjadi Jiilul Quranul Farid.

Urm..., Tetiba, diri ini dipanggil tuk sertai Seminar Pendidikan Anak-anak 2013 Siri 1 di Masjid Putra siang tadi. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... 



banyak yg ana dapat di sana..., Bahkan, jawapan pd soalan2 ana juga byk yg sudah terjawab..^_^ Hurm... ana harap, ana dpt ikuti lg siri2 susulan dlm mendidik anak2 ini. 

Moga aku menjadi Ibu Murabbiyah yg mithali

-Persediaan Berumah tangga-



Wednesday, December 26, 2012

Pesanan Rasulullah Terhadap Wanita



Dunia ini ialah perhiasan & sebaik-baik perhiasan ialah wanita(isteri) solehah. (Riwayat Muslim)

......................

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina(pelacur), dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

.......................

Dikahwini wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.



......................

Wanita apabila dia solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan, serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki. (Riwayat Ahmad Ibn Hibban, Thabrani, Anas b Malik)

........................

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap-gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat dari Tarmizi)

......................

Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima solatnya, sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya(meminta maaf). (Riwayat dari Hasan)

.....................

Wanita yang taat pada suami, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat pada suamainya dan diredainya(serta menjaga solat & puasanya). 

..........................

Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasulullah SAW, Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari kebakaran api neraka. 

.......................

Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminy di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.


......................

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari nerakan dan selamatlah dia melintasi siratul mustaqim.

...................

Mana-mana wanita yang berkata pada suaminya, "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebaikan pun", maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa siang hari & beribadah pada malam hari.

...............................

Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

.......................

Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang berjihad pada jalan Allah(perang sabilillah).

.....................

Apabila wanita melahirkan anak, keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

-Dipetik dari EKSPO MATRI 2000





Tuesday, December 25, 2012

Wasiat Saidina Ali R.A

Assalamualaikum wrth, kata-kata pada kali ini yang ingin saya kongsikan ialah Wasiat daripada Kekasih Allah ini..., Wasiat Saidina Ali ra kepada anak-anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya : 

" Anakku...,dengarlah baik-baik empat perkara yang hendak ayah katakan.

1) Kekayaan yang paling tinggi nilainya ialah akal fikiran.
2) Kemeleratan yang paling berat ialah ialah kebodohan.
3) Kesepian yang paling menakutkan ialah bangga diri.
4) Keturunan yang paling mulia ialah budi pekerti. "

-dipetik dari buku teks Pendidikan Quran dan Sunnah (SPM)-

Wednesday, December 19, 2012

..*_*.. Mohon Kekal Peroleh Taufiq

"Ya Allah,aku mohon kepada-Mu teguh dalam segala urusan dan ketetapan dalam hati di atas Petunjuk-Mu. Kami mohon kepada-Mu hati yang bersih dan lidah yang jujur. Kami mohon kepada-Mu kebajikan yang Engkau ketahui. Kami berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang Engkau ketahui dan kami mohon ampun kepada-Mu terhadap apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui hal-hal yang Ghaib." 

(Hadith Riwayat Muslim)

Wednesday, June 27, 2012

Buat Daie-daie Muda

Syed Qutb pernah berkata:
"Kita menyeru & memerangi manusia dengan kasih-sayang & lemah-lembut, nampak seperti ironi, namun itulah hakikat yang perlu kita implementasikan."



Kata-kata beliau ditujukan buat daie-daie muda yang penuh dengan semangat tetapi risau jika disalurkan pada saluran-saluran yang terselitnya rasa marah. impak yang lebih teruk ialah, orang yang diseru mungkin akan lari dan menyebabkan usaha kita sia-sia malah dikutuk oleh Allah.

Rasulullah saw bersabda:
"Berikanlah kemudahan & jangan mempersukarkan, berilah kegembiraan & jangan menyebabkan orang lari."

Saturday, June 23, 2012

Haluan: Berakhlak, Mendidik, Berbakti






Haluan peneraju perubahan
Bina masyarakat berakhlak mulia
Berteraskan Islam Iman Taqwa dan Ihsan
Prihatin penyayang sedia berkorban

Chorus:
Haluan akan terus berbakti
Haluan tiada henti mengabdi
Haluan sentiasa berjuang
Haluan jayalah haluan

Haluan cergas tangkas dan kreatif
Jalin kehidupan yang penuh harmoni
Berakhlak mendidik dan berbakti
Melahirkan pemimpin sejati

Monday, May 28, 2012

TANDA-TANDA CINTAKAN ALLAH

I Love Allah
Love Allah


Assalamu'alaikum wtbth..., Siapakah yang anda cintai?

 Betul ke anta/enti cintakan dia? 

Apa bukti cinta awak padanya? 

Ermmmm..., Kita semua adalah manusia..., manusia ini fitrahnya suka bercinta, di mana yang membuatkan hati kita menjadi bahagia. Kebanyakan manusia di muka bumi ini sering meletakkan cinta utama mereka kepada makhluk(dunia), termasuk tv, internet, kawan-kawan, pasangan dan lain-lain. Akan tetapi cinta yang paling utama adalah Cinta Hakiki. Cinta Hakiki bagi sekalian makhluk di alam semesta ini adalah Allah SWT, Dialah yang menjadikan, menjaga, memberi rezeki dan sebagainya kepada kita..., Allah swt lah Yang Maha Penyayang pada kita..(sekalian manusia), maka wajiblah serta layaklah Allah merupakan Cinta Utama kita. 

Tapi, bagaiman pula dengan manusia yang berkata, "Aku cintakan Allah", akan tetapi tidak kelihatan pada dirinya itu akan kecintaannya kepada Allah. Maka, hanya ungkapan tidak cukup bukan? Oleh sebab itu, tergerak hati ana untuk mencari tanda-tanda cinta kita kepada-Nya dan ingin berkongsi pada semua. Marilah kita menjadi hamba yang Dia redhoi dan cintai.


Cintakan Allah swt mempunyai tanda-tanda yang dapat dilihat dalam keperibadian hamba-hamba yang cintakan-Nya. Antaranya ialah:

1.    Selalu menyebut-Nya (Az-Zikr)

Apabila seseorang mencintai sesuatu maka ia akan sering menyebutnya. Oleh kerana Allah  swt yang paling berhak dicintai, maka Dia-lah yang paling layak diingati dan disebut-sebut. Firman-Nya:


Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Rab-lah mereka bertawakkal.
(Al-Anfal, 8:2)

2.    Mengkagumi-Nya (Al-I’jab)

Seseorang itu biasanya mengkagumi keindahan, kehebatan dan kelebihan yang ada pada sesuatu yang dikasihinya. Oleh kerana Allah yang memiliki segala sifat kesempurnaan, maka Dia-lah yang paling berhak dikagumi dan dipuji. Firman-Nya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Rab alam semesta.
 (Al-Fatihah, 1:1-2)

3.    Redha terhadap-Nya (Ar-Ridha)

Cinta menyebabkan seseorang itu redha terhadap apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya, maka menurut pandangannya adalah baik belaka, meski pun mendatangkan kerugian pada harta bendanya. Baginya, yang paling mengembirakan ialah apabila kekasihnya redha kepadanya. Begitulah juga apabila seseorang cintakan Allah Subhanahuwata’ala, maka ia akan sentiasa mengejar redha-Nya. Firman-Nya:



Mereka (orang-orang munafik) bersumpah kepada kamu dengan (nama) Allah untuk mencari keredhaanmu, padahal Allah dan rasul-Nya itulah yang lebih patut mereka cari keredhaannya jika mereka orang-orang yang mukmin.
(A-Taubah, 9:62)

Orang yang cintakan Allah Subhanahuwata’ala akan membuktikan keredhaannya kepada Allah Subhanahuwata’ala dalam doanya yang tulus (sepertimana doa yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam):



                                          رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا ورسولا

(Riwayat Abu Daud, Termizi, An-Nasai dan Hakim)

Aku redha dengan Allah sebagai Rab, Islam sebagai din (agama) dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul

Orang yang redha terhadap Allah swt akan bertawakkal kepada-Nya (yakni berserah kepada-Nya), kerana segala ketentuan dan hasil bagi segala usahanya berada di tangan-Nya. Dia akan berpuas hati di atas segala hasil yang diperolehinya setelah dia berusaha dan berikhtiar dengan sebaik-baiknya. Firman-Nya:

Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.
(Ali-Imran : 122)

Firman-Nya lagi:

Bermaksud: “Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman. “
(Surah al-Ma’aidah : 23)

4.    Sanggup berkorban untuk-Nya (At-Tadh-hiyah)

Cinta menyebabkan seseorang sanggup berkorban demi memenuhi kehendak kekasihnya. Semakin besar cintanya, maka semakin besar pengorbanan yang sanggup dilakukan. Begitulah kesanggupan seseorang yang cintakan Allah akan bersedia berkorban demi memenuhi kehendak-Nya. Firman-Nya:


Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.
(Al-Baqarah, 2:207)

5.    Takut kepada-Nya (Al-Khauf)

Seseorang yang mencintai seorang yang lain akan takut kalau-kalau cintanya tak berbalas atau takut seandainya kelakuannya melukakan perasaan kekasihnya. Begitulah keadaan seorang hamba yang cintakan Allah swt, ia akan takut melakukan sesuatu yang mengakibatkan kemurkaan kekasihnya(kemurkaan Allah). 


Firman-Nya:


Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas, dan mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada Kami.
(Al-Anbiya’, 21:90)


Firman-Nya lagi:


Padahal Allah-lah yang berhak untuk kamu takuti, jika kamu benar-benar orang yang beriman.
(Surah at-Taubah : 13)


6.    Mengharap kepada-Nya (Ar-Raja’)

Orang yang mencintai seseorang akan mengharapkan balasan cinta daripada kekasihnya. Atau mengharapkan sesuatu pemberian daripada kekasihnya. Begitulah tabi’at insan yang cintakan Allah Subhanahuwata’ala, sentiasa mengharapkan pertolongan, rezeki, kemudahan dan pelbagai anugerah daripada-Nya. Firman-Nya:


Maka apabila kamu telah selesai (daripada sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rab-mulah hendaknya kamu berharap.
 (Al-Insyirah, 94 : 7-8)

Orang yang mengharapkan Allah Subhanahuwata’ala, akan mengemukakan harapannya di dalam doanya kepada-Nya. Allah Subhanahuwata’ala sememangnya menghendaki agar hamba-hamba-Nya berdoa kepada-Nya. Firman-Nya:


Hanya milik Allah asmaa-ul husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka berdoalah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu.

Firman-Nya lagi:

Berdo’alah kepada-Ku (Allah), niscaya akan Ku (Allah) perkenankan bagimu (do’a kamu semua).
(Ghafir (al-Mu’min) : 60)

Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala telah menggambarkan iqrar orang yang beriman di dalam ayat 5 surah al Fatihah:
Hanya kepada Engkaulah ( Allah) kami perhambakan diri (برعبودية) (menyembah) dan hanya kepada Engkaulah (Ya Allah) kami mohon pertolongan

7.    Ta’atkan-Nya (At-To’ah)

Kerana cinta, seseorang akan sanggup menta’ati semua perintah kekasihnya dan meninggalkan apa yang tidak disukai oleh kekasihnya. Maka begitulah sikap dan kesediaan orang yang cintakan Allah Subhanahuwata’ala, dia akan menta’ati perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Firman-Nya:


Dan taatilah Allah dan rasul, supaya kamu diberi rahmat.
(Ali-Imran : 132)

Firman-Nya lagi:


Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Ali Imran : 31)

Semua tanda-tanda di atas adalah ekspresi dan hasil cintakan Allah Subhanahuwata’ala. Cinta yang termulia dan teragung ialah cintakan Allah Subhanahuwata’ala.

Rujukan:
1)    Jasiman, Lc., Syarah Rasmul Bayan Tarbiyah,
2)    Ummu Yasmin, Panduan Kurikulum Bagi Da’i dan Murabbi, 
3)    Tim BIP, Syarah Rasmul Bayan, 
4)    Hassan al-Banna, Al-Ma’thurat.
5)   Al-Qur’an dan Terjemahannya. 

Saturday, May 26, 2012

Masa adalah Kehidupan

Allah Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Salam 'Alaik..., Sihat? Alhamdulillah...maka, gunakanlah nikmat sihat dengan sepenuhnya untuk Maha Pencipta, begitu juga dengan nikmat masa lapang yang Dia kurniakan pada kita! ^_^.., Gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya hanyasanya untuk ber'ubudiyyah padaNya.
Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-'Asr:
Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-'Asr
 Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-'Asr, orang-orang yang beruntung ya'ni diredhoi Allah ialah
1) Beriman
2)Beramal soleh(perkara yang diredhoi)
3)Berpesan-pesan dengan kebenaran(perkara yang hak, bukan perkara yang tidak pasti)
4)Berpesan-pesan dengan kesabaran(penuh kasih-sayang)

Keadaan manusia yang selain daripada 4 ciri di atas, maka manusia itu sedang berada dalam kerugian..., Na'uzubillahi min zalik! nasihat dan teguran Allah ini adalah turun pada semua manusia...termasuk saya..., kadang-kadang kita tidak sedar, kita sedang diperdaya oleh syaitan la'natullah 'alaih...kita buang masa di depan komputer,facebook, bersembang-sembang dengan kawan, dll, sedang banyak lagi perkara yang lebih penting(afdhol) yang kita boleh dan wajib lakukan! Allah...., tahun ini, saya akan mengambil SPM, saya pula mengambil 12 subjek..., banyaknyer..... Bantulah hamba Ya Allah.., Ana target I WILL BECOME THE BEST STUDENT IN MALAYSIA THIS YEAR! dimana saya dapat 12A+  and hafaz 7 juz daripada Quran. Insya Allah.., please recite do'a for me. Alhamdulillah..., saya dah buat jadual harian secara ringkas..., saya harap saya dapat laksanakan dengan penuh hamasah, ikhlas, disiplin dan itqan lillahi ta'ala.

Wahai kenalan-kenalan saya, para pembaca..., tolong doakan agar saya dipermudahkan Allah untuk meninggikan Syiar Islam ini.... Yakinlah wahai diri! Barang siapa yang membantu Agama Allah, Allah akan bantu dia!
   
Ini dia jadual saya secara ringkas..., semoga Allah permudahkan saya dengan penuh kerahmatan dan keberkatanNya. Bagaimana pula dengan ANDA?!


Masa/Hari
3.30
4.30
5.30
Petang
Malam
Isnin
AQ
PSI
Solat/Ma’thurat’
Halaqoh Luar
Kelas Kimia
Selasa
AQ
PQS
Solat/Ma’thurat
Kelas Fizik
Kelas +Math
Rabu
AQ
Bio
Solat/Ma’thurat
Kelas+Math
Kelas Sejarah
Khamis
AQ
Fizik
Solat/Ma’thurat
Kelas Kimia
Nota Fizik
Jumaat
AQ
Vocab BA
Solat/Ma’thurat
Tasawwur
Halaqoh Fam












Masa/Hari
3.30
4.30
5.30
6.30
8.30
10.30
11.30
1.00
3.00
4.30
Malam
Sabtu
AQ
Kimi
Solat
Hlqh
Bio
Bio
Math
rehat
 BI
rehat
BM
Ahad
AQ
Fizik
Solat
exer
Fizik
Kimia
+Math
rehat
BA
rehat
PQS